SELERA penonton yang kononnya cenderung pada genre drama bersiri yang klise seperti dipasakkan oleh majoriti stesen televisyen adalah sentimen yang membataskan kepelbagaian karya tempatan di TV.Demikian pendapat pengarah drama bersiri Good Boys Go To Heaven (GBGTH), Ariff Zulkarnain, 39, susulan sambutan luar biasa penonton terhadap karya itu yang tular kini. Ariff berkata, sentimen yang berlanjutan lebih sedekad ini berikutan prinsip stesen TV yang menganggap hanya genre tertentu mendapat kadar tontonan yang tinggi. Ia sekaligus mengehadkan pengkarya dan penerbit untuk menghasilkan genre seumpamanya.Drama GBGTH mendapat sambutan luar biasa penonton."Itu yang menjadi masalah dan kekangan kepada kami menawarkan genre drama yang berbeza di TV. Saya rasa hal ini mungkin disebabkan sentimen (stesen TV) kononnya penonton hanya nak tengok genre yang ringan tentang cinta, keluarga, dunia korporat semata-mata."Jadi atas alasan itu, kita (penggiat) terikat dengan trend dan ketetapan tersebut. Sedangkan saya percaya, semua penggiat mampu hasilkan genre karya yang berbeza-beza," katanya kepada mStar.Tambah Ariff, trend itu berleluasa dan seolah menjadi kitab rujukan bagi dunia penerbitan drama TV sehingga kini kerana stesen TV seolah memandang rendah selera dan kehendak penonton.ARTIKEL BERKAITAN: Beto Kusyairy anggap Good Boys Go To Heaven raih kejayaan mutlakARTIKEL BERKAITAN: Baru sehari tayangan, ‘Don Dukun’ berjaya raih kutipan RM1 juta"Saya bukan kritik cuma ini realitinya. Mungkin mereka (TV) sahaja yang menentukan apa genre (drama) yang penonton mahu sedangkan itu bukan kehendak mutlak penonton. "Di era media sosial ini, kita boleh tengok dan baca respons secara langsung penonton terhadap sesuatu karya seni. Karya bagaimana yang mendapat sambutan dan sebaliknya."Jadi saya rasa tidak salah dan rugi untuk pengkarya dan penyiar bergandingan menawarkan genre-genre (drama) berbeza dari semasa ke semasa agar ia lebih variasi," katanya. Saya bukan kritik cuma ini realitinya. Kita boleh tengok dan baca respons secara langsung penonton terhadap sesuatu karya seni.ARIFF ZULKARNAINPENGARAH GOOD BOYS GO TO HEAVENBagaimanapun, tegas Ariff yang juga pengarah filem Dukun Diva dan drama bersiri One Cent Thief, dia bukan anti atau menentang mana-mana karya TV yang menyajikan genre klise."Setiap penggiat ada hak masing-masing untuk menghasilkan karya. Jika itu kehendak TV maka untuk cari makan mereka perlu jual karya sebegitu. Malah, genre-genre ringan juga perlu ada kerana ia adalah refleksi masyarakat kita."Malah, mak saya juga tengok drama-drama ringan yang ada. Cuma kalau stesen TV kita lebih berani dan terbuka untuk memberikan peluang tentu lebih baik," katanya yang bakal muncul dengan filem baharu Baga: Esok Untuk Siapa pada November depan.Zahirah (kiri) dan Beto antara teraju utama dalam GBGTH.Katanya lagi, dia puas dan bersyukur apabila GBGTH menjadi bualan ramai dan mendapat respons positif sejak ia disiarkan di Astro One dan aplikasi Sooka pada 8 Mei lalu."Saya tak jangka penonton akan berminat dan mengikuti cerita sebegini. Mungkin kelainan yang kami tawarkan itu membuatkan penonton suka."Matlamat saya dan pasukan bila buat drama ini bukan saja untuk menghiburkan, malah menyampaikan mesej daripada kisah yang diselitkan. Saya gembira karya ini diterima umum," katanya.GBGTH sebanyak lapan episod ini dibintangi antaranya Beto Kushairy, Zahirah MacWilson, Sayf Mikael, Amerul Affendi, Firdaus Karim dan Mila Mohsin.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!