suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Era sahkan Azad Jazmin bukan direhatkan

Azad sebelum ini nafi digantung tugas sebagai penyampai radio Era.

STESEN radio Era menafikan dakwaan yang tular di media sosial kononnya penyampai segmen 3 Pagi Era, Azad Jazmin, digantung atau direhatkan daripada tugasnya.

Dalam satu kenyataan, Era menegaskan bahawa dakwaan tersebut adalah tidak benar dan meminta orang ramai agar tidak mudah terpengaruh dengan maklumat yang tidak sahih.

"Era mengambil maklum mengenai dakwaan yang tular di media sosial mengenai penyampai 3 Pagi Era, Pak Azad (panggilan Azad) digantung kerja. 

"Era ingin menegaskan bahawa dakwaan tersebut adalah tidak benar," menurut kenyataan itu. 

Azad mengambil cuti untuk meluangkan masa bersama keluarga.

Dalam, pada itu, Era menjelaskan bahawa ketiadaan Azad minggu lalu adalah kerana beliau bercuti atas urusan peribadi dan ia tidak berkaitan dengan dakwaan yang tersebar.

"Sepanjang tempoh Pak Azad tidak ke udara minggu lalu, beliau telah mengambil cuti atas urusan peribadi dan perkara tersebut tidak mempunyai sebarang kaitan dengan dakwaan yang tular. 

"Pak Azad telah kembali ke udara seperti biasa. 

"Era menghargai keprihatinan orang ramai dan menyeru semua pihak agar tidak menyebarkan maklumat tidak sahih," ujarnya. 

ARTIKEL BERKAITAN: Azad Jazmin anggap spekulasi digantung tugas radio hanya salah faham

ARTIKEL BERKAITAN: Azad Jazmin banyak diam sejak terpalit kontroversi, isteri minta jangan bersedih lama-lama

Sebelum ini, ketiadaan Azad menggendalikan segmen 3 Pagi Era sejak minggu lalu mencetuskan tanda tanya dan pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen. 

Timbul dakwaan yang mendakwa suami kepada pelakon Eira Syazira itu direhatkan tugas gara-gara terpalit dengan beberapa kontroversi sepanjang minggu lalu. 

Bagaimanapun, ketika ditemu bual mStar, Azad menjelaskan spekulasi kononnya dia direhatkan dan digantung tugas adalah salah faham semata-mata. 

Kata Azad, ketiadaannya selama seminggu di konti radio adalah disebabkan dia bercuti panjang demi meluangkan masa bersama keluarga. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain