PENAMPILAN pelakon dan pengacara Amelia Henderson ketika menghadiri sebuah acara jenama mewah baru-baru ini menjadi perhatian ramai di media sosial.Amelia atau Thripura Henderson, 30, tampil anggun dalam persalinan berwarna hitam dengan rekaan berani yang menampilkan elemen jarang sehingga menampakkan bahagian pusat. Perhatian terhadap penampilannya itu hangat diperkatakan selepas Amelia memuat naik video mengikuti trend popular “World Stop, Carry On” di platform Threads.Netizen memberi teguran buat Amelia.Di ruangan komen, ada yang menyifatkan pakaian tersebut terlalu berani dan kurang sesuai dengan norma masyarakat tempatan."Hm terdesak nak orang tahu dia punya pusat."Maruah letak mana? Jangan normalisasikan budaya terdedah-dedah ni sangat, banyak yang buruk daripada baikARTIKEL BERKAITAN: Amelia Henderson teliti pilih topik podcast, penyiar harus bertanggungjawab atas perkongsianARTIKEL BERKAITAN: Amelia Henderson puji Aedy Ashraf lelaki baik, sentiasa bagi sokongan walau sudah tiada hubungan istimewa"Semakin lama semakin daring dan semakin kurang akhlak kau punya pakaian," tulis netizen. Dalam pada itu, terdapat juga segelintir pengguna media sosial yang memberikan pandangan mengakui kecantikan Amelia, namun berpendapat pemilihan busananya kali ini agak keterlaluan."Amelia saya minat awak tetapi apabila saya melihat awak berpakaian seperti ini, saya tertanya-tanya sama ada awak benar-benar telah memikirkannya dengan mendalam sebelum bersetuju untuk memakainya. "Pakaian itu agak terlalu berani dan sedikit jarang, sehingga membuatkan ia kelihatan kurang cantik. Namun, awak sendiri tetap kelihatan cantik," ujarnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!