suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiada istilah ‘give up’, Farhan Maarob tampil dengan lagu Sunyi... Kongsi pengalaman sedih putus tunang

Farhan tampil dengan karya ciptaan sendiri.

SENTIASA percaya pada rezeki, penyanyi Farhan Maarob tidak pernah putus semangat untuk terus berkongsi karya baharu bersama peminat.

Sedar namanya masih belum menyerlah selepas lapan tahun bergelar anak seni, Farhan, 35, menganggap ia satu perjalanan biasa yang perlu ditempuhi sebelum mencapai kejayaan.

Baginya, pengalaman yang dilalui sebelum ini menjadi satu dorongan agar lagu-lagunya mendapat perhatian pendengar.

Farhan terus cari peluang cipta nama dalam industri seni. 

"Dalam industri hiburan, apa yang kita buat hari ini bukan boleh terus menjadi. Perjalanannya agak sukar dan memerlukan usaha yang lebih. Semuanya bergantung kepada rezeki juga.

"Apa yang penting, kita perlu ikhlas berkarya. Seni itu satu bentuk luahan, terpulang kepada penerimaan orang ramai dan juga rezeki," katanya ketika dihubungi mStar.

Terbaharu, Farhan tampil dengan sebuah lagu berjudul Sunyi yang merupakan ciptaannya sendiri berdasarkan pengalaman peribadi.

ARTIKEL BERKAITAN: Dibandingkan dengan kejayaan rakan artis lain, kali ini Elica Paujin pula bersuara 

ARTIKEL BERKAITAN: Lebih mudah nak nyanyi antara punca Aina Abdul guna perkataan ‘takda’ dalam lirik Sadis

Berkongsi lanjut, lagu itu dihasilkan sekitar empat tahun lalu sebagai luahan perasaannya ketika melalui fasa putus tunang.

"Saya zahirkan apa yang dirasai ketika sedang sunyi. Lagu ini berdasarkan pengalaman sendiri apabila saya putus tunang pada tahun 2016. Hubungan kami berakhir sebulan sebelum bernikah.

"Menyampaikan lagu ciptaan sendiri memberi aura dan rasa yang berbeza. Saya lebih faham jalan cerita lagu ini kerana ia berdasarkan pengalaman sendiri," jelasnya.

Farhan harap lagunya mendapat sambutan baik. 

Farhan yang juga pernah terlibat dalam dunia lakonan berharap lagu Sunyi mendapat sambutan baik daripada peminat sekali gus mengukuhkan namanya dalam industri seni.

"Ini adalah single ketiga saya, tetapi yang pertama dicipta sendiri dan diterbitkan bersama syarikat Life Records.

"Bersama Life Records, saya diberi kepercayaan untuk menghasilkan lagu sendiri selain menghasilkan karya untuk penyanyi lain," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain