KUMPULAN Insomniacks tidak menyangka impian mereka untuk berkongsi pentas dengan band antarabangsa 5 Seconds of Summer (5SOS) akhirnya menjadi kenyataan selepas lebih sedekad bergiat dalam industri muzik.Ia ekoran Insomniacks diumumkan sebagai artis pembuka tirai untuk konsert 5 Seconds of Summer yang akan berlangsung selama dua malam pada 17 November 2026 dan 4 Disember 2026. Pengarah Urusan SAH Entertainment, Sufi Rashid berkata, pemilihan Insomniacks dibuat berdasarkan keserasian dari segi identiti muzik, tenaga persembahan serta hubungan mereka dengan peminat.5SOS bakal pertemu peminat di Malaysia pada November dan Disember depan.“Saya percaya Insomniacks mempunyai potensi besar untuk menjadi fenomena tersendiri.“Kalau lihat perjalanan mereka, karakter, persembahan pentas dan muzik yang dibawakan memang ada sedikit sebanyak pengaruh daripada 5SOS.“Malah ramai peminat Insomniacks membesar dengan muzik 5SOS dan turut menjadi peminat kumpulan itu. Sebab itu hubungan antara kedua-duanya sangat organik dan istimewa,” katanya.ARTIKEL BERKAITAN: MV 'Bersuara' ciplak idea kumpulan lain... Imsomniacks serik, tak mahu lagi bekerja dengan produksi samaARTIKEL BERKAITAN: 10 tahun bersama... Air mata Insomniacks tumpah di konsert sulungMenurut Sufi, peluang itu juga diharap membuka lebih banyak ruang untuk Insomniacks berkembang di peringkat lebih besar.Katanya, tidak mustahil juga akan ada kolaborasi antara Insomniacks dan 5SOS pada masa akan datang.“Kalau kolaborasi ini menjadi kenyataan, saya mahu melihat Insomniacks berada di atas pentas yang setanding dengan 5SOS.Insomniacks sudah lama meminati kumpulan 5SOS.“Mereka mempunyai citarasa muzik yang hampir sama dan saya percaya mereka mampu berdiri sebaris, malah mencipta identiti lebih besar.“Mereka berbakat, merendah diri dan jauh daripada kontroversi. Itu antara faktor yang boleh membawa mereka lebih jauh dalam industri,” kongsinya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!