PELAKON Nazim Othman berhasrat untuk membawakan watak aksi atau anggota ketenteraan bagi melengkapi pencapaiannya sepanjang 18 tahun bergelar anak seni.Nazim, atau Nushrul Alif Othman, 41, berkata, dia sudah lama mengidamkan karakter sedemikian namun sehingga kini masih belum berpeluang merealisasikannya dalam mana-mana naskhah. "Siapa yang tidak teringin? Sebagai pelakon, saya mahu mewarnai portfolio lakonan dengan pelbagai jenis watak.Nazim sudah lama teringin watak aksi."Antara watak yang paling saya idamkan adalah karakter aksi. Selain itu, saya juga mahu membawa watak berpakaian seragam seperti askar kerana bapa saya sendiri pernah berkhidmat dalam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)," katanya kepada mStar.Menurut Nazim, dia juga terbuka untuk melakukan perubahan imej sekiranya diperlukan bagi menjayakan sesuatu watak.Katanya, tanggapan segelintir pihak yang menganggap dia terlalu mementingkan penampilan sehingga enggan mengubah imej demi watak adalah tidak tepat.ARTIKEL BERKAITAN: Nazim Othman cemas, jari tercucuk mata Nia Atasha... Takut sampai menggeletarARTIKEL BERKAITAN: Isu tudung ‘terbang’, Nazim Othman pertahan Aprena Manrose... “Saya tidak menghalalkan apa yang salah, cuma ralat dengan komen sinis”"Allahuakbar, saya sangat terbuka. Mungkin ada persepsi dalam kalangan orang luar yang melihat saya terlalu menjaga penampilan dan tidak sanggup mengubah rupa demi watak."Hakikatnya itu hanyalah persepsi. Saya tahu apa yang saya mahukan dan kemampuan saya sebagai pelakon."Kalau watak itu memerlukan saya botak dan ia bersesuaian dengan jalan cerita serta mampu menguatkan karakter, kenapa tidak?" kongsinya.Nazim harap diberi peluang bawa watak mencabar.Dalam pada itu, Nazim berharap diberi peluang untuk membuktikan kemampuannya membawa watak yang lebih mencabar pada masa akan datang."Saya memang terbuka sejak dahulu lagi, cuma mungkin orang belum nampak atau saya belum diberikan peluang tersebut. Berilah ruang dan peluang, saya akan buat."Selagi saya masih sihat dan mempunyai kudrat, saya harap akan diberikan peluang itu. Dengan pengalaman serta keyakinan diri yang ada sekarang, saya yakin mampu menjayakan watak sebegitu," luahnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!