suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nazim Othman cemas, jari tercucuk mata Nia Atasha... Takut sampai menggeletar

Nazim tak sangaja kasari Nia.

GARA-GARA terlalu mendalami watak, pelakon Nazim Othman berdepan detik cemas apabila secara tidak sengaja tercucuk mata rakan gandingannya, Nia Atasha, ketika menjayakan satu babak dalam drama bersiri Griya.

Menurut Nazim, kejadian itu berlaku ketika mereka sedang menjalani penggambaran babak yang memerlukan dia mengasari watak dilakonkan oleh Nia.

“Babak itu saya kena mengasari watak Nia. Masa tengah cari sudut (angle), apabila tukar kedudukan kamera dan kamera pula jenis handheld, kami sedikit tersasar lalu jari saya tercucuk mata dia.

Nazim akui cemas apabila cederakan rakan sekerjanya.

“Allahuakhbar... memang saya terus diserang rasa cemas (anxiety) ketika itu,” katanya kepada mStar.

Tambah Nazim, walaupun insiden tersebut berlaku secara tidak sengaja, dia tetap berasa sangat bersalah memandangkan kecederaan itu melibatkan bahagian sensitif iaitu mata.

Malah, penggambaran turut dihentikan kira-kira 15 minit bagi memberikan ruang kepadanya menenangkan diri sebelum kembali ke set.

ARTIKEL BERKAITAN: Isu tudung ‘terbang’, Nazim Othman pertahan Aprena Manrose... “Saya tidak menghalalkan apa yang salah, cuma ralat dengan komen sinis”

ARTIKEL BERKAITAN: Nazim Othman pernah ditegur artis senior, diminta cari kerja lain sebab tak pandai berlakon

“Walaupun berlakon, tetapi bila terkena betul mestilah rasa bersalah. Saya takut sangat sebab itu mata orang, perempuan pula itu.

“Namun Nia sangat profesional dan matang. Dia pula yang tenangkan saya ketika itu, sedangkan saya yang menggeletar selepas insiden tersebut,” ujarnya.

Nazim anggap cedera semasa berlakon perkara biasa.

Dalam pada itu, Nazim mengakui kecederaan kecil merupakan perkara biasa sepanjang menjalani penggambaran, terutama membabitkan babak yang memerlukan aksi fizikal dan kekasaran.

Malah, dia sendiri tidak terlepas daripada mengalami beberapa kecederaan ringan termasuk kesan calar pada lengan ketika menjayakan adegan tertentu.

“Ada juga parut-parut ini. Tapi yang ini manja-manja saja, lelaki tak apa. Ini semua kenangan babak dengan Nia juga, kuku dia tajam,” selorohnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain