BERKONGSI kisah di awal kemunculannya dalam bidang seni, Nazim Othman pernah diminta mencari pekerjaan lain kerana tidak berbakat sebagai pelakon. Kata Nazim atau Nushrul Alif Othman, 41, teguran memalukan itu dibuat seorang pelakon senior di hadapan kru produksi. Nazim bagaimanapun mengambil teguran itu sebagai satu cabaran dalam membuktikan dia boleh menjadi seorang aktor yang baik. Nazim pernah ditegur pelakon senior kerana dianggap tidak pandai berlakon. "Di awal permulaan kerjaya seni saya, seorang pelakon senior pernah memberitahu di depan saya dan kru produksi, 'Aku rasa kau tak boleh berlakon, lebih baik kau cari kerja lain'. "Saya sangat malu tetapi anggap ia sebagai satu cabaran untuk membuktikan diri saya boleh menjadi lebih baik," katanya. Nazim berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya. ARTIKEL BERKAITAN: Nazim Othman rancang bersara, harap dapat berlakon filem sebelum tinggalkan karier seni ARTIKEL BERKAITAN: “Ketenangan luar biasa” - Nazim Othman kongsi pengalaman cium dinding Kaabah, anggap teguran Allah video kembali tular Dalam pada itu, Nazim berkata meskipun belum bergelar seorang pelakon hebat, namun bersyukur dengan pencapaian sepanjang bergelar aktor. "Ya, saya kini masih lagi bukan seorang pelakon hebat tetapi apa yang saya boleh katakan adalah Alhamdulillah," ujarnya. Untuk rekod, Nazim memulakan kerjaya sebagai pelakon pada 2008 menerusi drama pertamanya berjudul Frontpage. Antara drama popular lakonan Nazim termasuk Dejavu di Kinabalu, Kau Yang Terindah, Lara Aishah dan Monalisa. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!