suria

“Ketenangan luar biasa” - Nazim Othman kongsi pengalaman cium dinding Kaabah, anggap teguran Allah video kembali tular

BARU-BARU ini kecoh di media sosial video usahawan Hafiz Mahamad sanggup berhimpit dalam kesesakan orang ramai di hadapan Kaabah bagi memastikan pasukannya berpeluang mencium Hajar Aswad ketika mengerjakan umrah.

Pelbagai reaksi ditunjukkan netizen di media sosial malah terdapat juga segelintir mereka membandingkan keadaan tersebut dengan pelakon Nazim Othman yang kelihatan tenang dan tersenyum ketika mencium dinding Kaabah.

Tidak berbangga dengan perkara tersebut, Nazim, 40, menganggap video yang tular itu adalah satu teguran yang diberikan oleh Allah terhadap dirinya.

“Sebut fasal perbandingan itu, saya rasa perasaan bercampur baur. Saya tidak mahu berikan komen berkenaan isu yang viral. Saya cuma manusia biasa dan tiada hak untuk hakimi apa yang dia buat.

“Dari pihak saya, saya anggap apabila video itu diviralkan balik, ia adalah teguran paling lembut dari Allah untuk saya tidak menyimpang terlalu jauh,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi