suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Kami bukan penyanyi profesional” - The Gadys sedih baca komen netizen, bakal masuk kelas vokal

MENERIMA kecaman hebat selepas membuat persembahan di anugerah KNKV, kumpulan The Gadys sekali lagi dikritik kerana didakwa terlalu beremosi ketika di temu bual media.

Mengulas mengenai perkara itu, salah seorang anggota The Gadys iaitu Aznie mengakui kerana ia terjadi kerana mereka tidak dapat mengawal emosi gara-gara kecaman hebat dilemparkan netizen.

“Kami manusia biasa memang ada perasaan jadi bukannya kekwat tapi agak terasa dengan komen netizen, minta maaf kerana teremosi dalam percakapan kami.

“Mungkin boleh saksikan video penuh untuk tahu lebih lanjut, kami menerima segala komen lagi pun sedar suara sumbang,” kata Aznie kepada mStar.

Dalam pada itu The Gadys memberitahu mereka terkesan dengan kecaman netizen kerana kali pertama berlaku sepanjang berada dalam industri hiburan.

“Kami tak baca komen kerana risau akan ‘koyak’, tapi sedih juga sebenarnya tapi sejujurnya memang sudah jangkakan perkara ini akan berlaku tapi tak tahu pula seminggu selepas membuat persembahan baru jadi tular,” ujarnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi