suria

Cikgu Shafi ‘react’ vokal Aina Abdul dan Ernie di AJL38...”Saya pilih Amir Jahari”

KEMENANGAN penyanyi Aina Abdul merangkul trofi Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38) terus menjadi bualan hangat netizen di media sosial.

Ada yang berasakan penyanyi lain lebih layak menerima trofi tersebut dan antara nama disebut ialah Ernie Zakri.

Mstar mendapatkan penjelasan guru vokal iaitu Cikgu Shafi bagi bertanyakan sendiri pandangannya berhubung kualiti nyanyian kedua-dua penyanyi berkenaan.

Dalam hal ini, Cikgu Shafi mempunyai pandangannya sendiri dan secara peribadi dia memilih Amir Jahari atas beberapa faktor.

“Saya lebih memilih Amir Jahari sebab saya faham apa dia cakap. Dia melengkapi melodi dan lirik dan juga diri (Amir) dia melengkapi. Dia tidak melebih-lebih. Ada sifat rendah diri.

“Sekarang ini saya lebih menghargai yang seperti itu. Mungkin untuk golongan muda lebih memilih yang’outstanding’. Saya lebih suka seperti Amir, melodi ‘simple’, boleh ‘sing along’,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi