suria

Umur dah masuk 40 tahun... Hazama mahu perbaiki diri, masuk kelas agama

PENYANYI Hazama memberitahu dia kini dalam proses menyempurnakan diri dengan mempelajari lebih mengenai Islam.

Berkongsi mengenai perkara itu, Hazama atau Hazama Ahmad Azmi, 40, berkata keputusan mendalami ilmu agama itu dibuat kerana dia mahu mengisi kekosongan yang pernah terlepas sewaktu zaman kecil dahulu.

“Itu adalah perkara yang kita terlepas waktu kecil sebab waktu kecil banyak main, bila usia 40 tahun ni rasa rugi pula kalau tak belajar.

“Bukanlah saya nak belajar macam nak jadi ustaz ke apa tidak, sedang belajar sekarang cumanya kalau bermula daripada masa muda mungkin tak sulit.

“Lagi pun semua ilmu saya sudah belajar, jadi apa salahnya dengan usia 40 tahun ni saya belajar itu, dulu mungkin tak detail sangat belajar jadi sekarang ni saya nak belajar lebih lagi,” kata Hazama

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi