suria

Tak perlu sampai selit unsur ‘soft porn’, Afdlin Shauki nasihat penggiat seni berkarya guna kreativiti

PENGARAH Datuk Afdlin Shauki meminta supaya pengarah filem di Malaysia tidak mengikuti jejak langkah industri perfileman Barat yang menormalisasikan babak soft porn dalam filem.

Bimbang menjadi ikutan di negara ini, Afdlin atau Afdlin Shauki Aksan, 53, berkata pengarah seharusnya lebih peka dan sensitif dalam menghasilkan karya kerana khuatir akan merosakkan imej industri perfileman Malaysia.

“Macam hasilkan filem kalau tak boleh buat sesuatu maka gunakan kreativiti untuk memberitahu atau menceritakan yang terbaik tanpa menyalahi undang-undang ditetapkan ke atas kita.

“Kita kena ikut budaya dan cara kita jangan main langgar saja ikut cara ‘mat saleh’ hasilkan filem, sebagai Presiden FDAM(Persatuan Pengarah Filem Malaysia) saya memang menggalakan pengarah buat saja cerita mereka mahukan tapi harus patuhi undang-undang di Malaysia.

“Kenapa perlu cari masalah, kenapa perlu lakukan perkara yang akan menjengkelkan masyarakat kita, buat saja perkara yang masyarakat boleh terima sebab tak mahu merosakkan imej lagi,” kat Afdlin kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi