suria

Video ‘dating’ gadis Sabah tular, Boss James jawab dakwaan tayang kekasih... “Itu bukan girlfriend”

BARU-BARU ini tular satu video di aplikasi TikTok memperlihatkan personaliti media sosial Boss James dengan seorang gadis Melayu meluangkan masa bersama sehingga ramai yang beranggapan itu adalah teman wanitanya.

Mengulas mengenai dakwaan itu, Boss James menafikan wanita dalam video berkenaan adalah teman istimewanya sebaliknya memberitahu hanya rakan baik yang dikenalinya dua tahun lalu.

“Tak bukan kot sebab saya tak cakap yang itu teman wanita saya, kami hanya berkawan baik dan memang kami sangat rapat.

“Kami sering bertukar pendapat dan saya kenal dia melalui media sosial dua tahun lepas, saya sering ke Sabah waktu tu untuk lakukan kerja amal sumbangan, bukan berdua dengan dia tapi ramai bersama pasukan.

“Saya hargai dia sebagai kawan begitu juga dia jadi video tersebut mungkin cara dia menghargai persahabatan kami dan saya nak jelaskan di sini tiada hubungan istimewa antara kami berdua,” kata Boss James kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi