suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sherry Alhadad tergelak gosip bercinta dengan Michael Ang... “Saya tunggu je kalau dia nak sarung cincin”

DILIHAT mesra dan akrab dengan pengarah Michael Ang, pengacara Sherry Alhadad terkejut apabila ada peminat menyangka dia mempunyai hubungan istimewa dengan pengarah tersebut.

Mengulas mengenai perkara itu, Sherry atau Sharifah Mariam Syed Abdullah Al Hadad, 40, berkata hubungannya bersama Michael hanya sekadar teman baik dan tiada hubungan istimewa seperti dakwaan itu.

”Hubungan saya dan Michael memang sahabat baik sebab dia antara pengarah yang pertama mencungkil bakat saya, kami hanya bergurau panggil Shuben dan Wifey tu.

“Lucu la sebab kami sahabat baik dan jangan risau ya semua sebab kalau jumpa lelaki yang sesuai untuk berkahwin nanti saya beritahu ya.

“Saya terima saja kalau Michael nak datang berikan saya cincin tapi tak ada sebab kami memang kawan baik,” kata Sherry kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi