suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Netizen desak suruh bersama, rupanya ini sebab Zoey belum terbuka hati terima cinta Mass Factor

DIKAITKAN dengan seorang wanita bernama Mass Factor kerana sering melakukan siaran langsung bersama, pelakon dan usahawan Zoey Rahman memaklumkan hatinya masih belum terbuka menjalinkan hubungan cinta.

Jelas Zoey atau Mohd Hairey Azhar Abdul Rahman, 39, dia lebih selesa menjadi teman rapat Mass apatah lagi mereka kini duduk berjauhan.

“Saya bukan tak terbuka hati. Jodoh dan ajal maut adalah rahsia Allah. Lagi satu sebab kami berjauhan.

“Saya lebih selesa berkawan dengan dia. Jadi kawan baik, selalu menasihati satu sama lain. Sentiasa beri sokongan dengan apa yang dia buat,” katanya kepada mStar.

Mengulas mengenai Zoey sebenarnya sudah mempunyai pasangan hidup, pelakon itu menafikan perkara tersebut dan memaklumkan masih mencari yang bersesuaian.

“Saya masih single (solo) dan masih mencari,” ujarnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi