suria

Lia Natalia labur ratusan ribu anjur karnival jualan raya di Sabah, tepis dakwaan terima modal serta tajaan VIP

PERTAMA kali menganjurkan karnival jualan iaitu Like Fest Raya 2024 , pelakon Lia Natalia dituduh menerima tajaan daripada golongan VIP untuk membiayai kos penganjuran festival berkenaan.

Menjawab mengenai tuduhan itu, Lia atau Alia Afiqah Abden, 32, menjelaskan karnival itu dianjurkan atas inisiatifnya sendiri dan hasil kerja keras sebagai seorang pelakon.

“Semuanya saya usaha sendiri dan duit daripada usahawan juga. Malah ada juga tajaan dan saya masih membuka peluang kepada orang di luar sana untuk memberi tajaan kepada saya.

“Perkara ini bukan pertama kali sebab ada ramai bertanya kepada saya khususnya wartawan tapi saya memang tak buat jadi nak tipu buat apa kan, apa yang saya buat ni memang untuk Allah jadi nak dapatkan keberkatan.

“Saya tak terkesan dengan apa orang nak cakap sebab saya sejenis tak peduli apa orang nak cakap sebab susah nak puaskan hati semua orang, lagi pun memang tak ada golongan orang kenamaan yang jadi tulang belakang untuk event saya, semuanya saya buat sendiri,” kata Lia kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi