suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Awalnya saya takut, panggung dan Netflix adalah audiens berbeza” - Pengarah terkejut ‘Libang Libu’ tular di media sosial

PENGARAH Bobby Husaini tidak menyangka filem arahannya iaitu Libang Libu, menjadi bualan hangat dalam kalangan penonton sejak ditayangkan menerusi platform penstriman Netflix.

Menurut Bobby, pada awalnya dia sudah bersedia menerima sebarang kecaman kerana menyedari filem yang ditonton menerusi pawagam dan platform penstriman mempunyai kelompok audiens yang berbeza.

Bagaimanapun, pengarah berkenaan mengakui terkejut apabila melihat pelbagai reaksi positif terhadap filem tersebut terutama di media sosial.

“Jujur saya tak sangka. Awalnya saya takut sebab panggung dan Netflix adalah audiens yang berbeza.

“Saya dah bersedia kalau kena kecam tetapi apabila lihat respons di Threads, saya sendiri macam tak percaya.

“Tetapi saya sangat hargai orang yang suka dengan filem ini. Sebagai pembikin filem, saya rasa puas dan dihargai apabila karya kita mendapat sambutan,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Bobby turut memberi bayangan bahawa kisah Libang Libu berkemungkinan besar akan diteruskan menerusi sekuel.

Katanya, dia bersama pasukan produksi kini sudah mula memberi tumpuan kepada proses penulisan skrip bagi Libang Libu 2.

“Insya-Allah, saya rasa Libang Libu 2 akan ada dan sekarang kami sedang dalam proses menulis skrip," jelasnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi