suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Awak tak malu ke?”... Razzuan Rosli kerap diaju soalan berniaga tepi jalan, seronok dapat kongsi rezeki

TIDAK malu mencari rezeki dengan berniaga di tepi jalan, pelakon Razzuan Rosli sebaliknya menyifatkan pengalaman itu sebagai sesuatu yang menyeronokkan.

Razzuan, 35, berkata, dia tidak ambil pusing dengan pandangan negatif segelintir masyarakat yang menyifatkan golongan selebriti sepatutnya berasa malu berniaga di kaki lima.

Menurutnya, berada di hadapan pelanggan secara tidak langsung memberinya peluang untuk mengenali pelbagai ragam dan perangai manusia.

“Saya sangat seronok dan gembira dengan perjalanan sebagai peniaga ni sebab kadang-kadang stigma orang mengenai pelakon tak malu ke meniaga tepi jalan macam ni jumpa orang, bagi saya tidak.

“Seronok sebab boleh jumpa ramai orang kerana setiap orang ni berbeza-beza perangai, jadi saya dapat belajar sesuatu yang baru bila berjumpa dengan ramai pelanggan.

“Tak ada istilah atau stigma selebriti tak boleh meniaga di kaki lima tepi jalan, kami juga manusia biasa juga dan bersyukur sebab rakan-rakan selebriti semua memberikan sokongan buat saya,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi