suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

[V] “Terlampau banyak maki hamun“ - Eyra Rahman stres isu ‘Madu Atau Racun’, yakin ada hikmah tayangan drama dihentikan sementara

PENGARAH drama Madu Atau Racun, Eyra Rahman percaya ada hikmah di sebalik keputusan tayangan karya itu dihentikan sementara susulan kontroversi yang tercetus.

Menurut Eyra, 44, dia tidak dapat mengulas panjang mengenai perkara berkenaan memandangkan isu tapisan drama tersebut masih dalam proses.

“Tipulah kalau tak tertekan, tetapi mungkin ada hikmah dan asbab benda itu terjadi.

Eyra akui tertekan selepas drama arahannya dihentikan sementara.

“Saya tak boleh jawab panjang sangat sebab perkara ini masih dalam proses tapisan.

“Perkara ini melibatkan banyak pihak termasuk kementerian,” katanya kepada mStar pada acara Watchparty drama Bulan Henti Bicara.

Dalam pada itu, Eyra mengakui menerima pelbagai kecaman dan makian susulan kontroversi yang melanda.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Madu Atau Racun‘ dihentikan sementara, iQIYI semak semula kesemua 12 episod

ARTIKEL BERKAITAN: Isu ‘Madu atau Racun‘: Uqasha Senrose kesal netizen melampau, serang hal peribadi dan anak

Bagaimanapun, dia bersyukur kerana percaya Allah sentiasa melindungi dirinya dan keluarga daripada perkara yang lebih buruk.

“Terlampau banyak maki hamun, malah ada yang menyentuh ibu bapa dan maruah saya. Tetapi saya bersyukur, Allah ada, insya-Allah," ujarnya.

Tambah Eyra, apa yang berlaku memberi pengajaran kepadanya untuk lebih berhati-hati dalam memilih karya selepas ini.

Terlampau banyak maki hamun, malah ada yang menyentuh ibu bapa dan maruah saya.

EYRA RAHMAN

Pengarah

Malah, pengarah berkenaan mungkin akan berfikir dua atau tiga kali sekiranya ditawarkan naskhah yang menyentuh isu sensitif.

“Benda pun sudah berlaku. Jadi mungkin selepas ini, kalau ada apa-apa karya yang melibatkan isu sangat sensitif, saya akan fikir dua atau tiga kali sebelum mengambil karya tersebut,” jelasnya.

Sebelum ini, drama bersiri yang ditayangkan menerusi platform penstriman iQIYI itu mencetuskan kontroversi di media sosial susulan penularan beberapa babak yang didakwa memaparkan hubungan sesama jantina.

Babak mesra Uqasha dan Elisya menjadi bualan hangat netizen.

Paparan berkenaan mengundang pelbagai reaksi netizen sehingga ada yang menggesa supaya drama tersebut diboikot.

Susulan kontroversi itu, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) meminta pihak iQIYI menurunkan keseluruhan tayangan drama berkenaan bagi membolehkan proses suntingan semula dilakukan terhadap kesemua 12 episod.

Madu Atau Racun dibintangi pelakon Aliff Aziz, Uqasha Senrose dan Elisya Sandha.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain