suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Siti Nurhaliza syukur 14 pencalonan AIM25, jumlah nominasi bukan ukuran - “Anugerah sebenar seorang penggiat seni adalah konsistensi“

Siti tercalon 14 kategori bagi AIM25.

PENYANYI Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak menganggap jumlah pencalonan yang diterima di Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-25 sebagai ukuran kejayaan sebaliknya menyifatkan konsistensi dalam berkarya sebagai anugerah sebenar buat penggiat seni.

Siti atau Siti Nurhaliza Tarudin, 47, berkata 14 pencalonan yang diterimanya merupakan satu rezeki selain penghargaan terhadap usaha yang dilakukan bersama pasukan dalam menghasilkan karya.

"Alhamdulillah, saya bersyukur atas rezeki 14 pencalonan di Anugerah Industri Muzik 25.

"Menang, kalah, tercalon banyak, tercalon sedikit, atau pulang kosong, semua fasa itu telah saya lalui dalam pelbagai anugerah di dalam industri.

Antara kategori yang menjadi calon akhir AIM25.

"Namun anugerah sebenar seorang penggiat seni adalah konsistensi. Kita tidak berhenti berjuang, berkarya, ikhlas berkongsi bakat dan membuka peluang kolaborasi untuk terus berkembang... Anugerah itu bonus, setiap insan di hadapan dan di belakang tabir berhak dihargai," katanya. 

Siti berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya. 

Dalam pada itu, Siti yang juga penerbit dan penyanyi dalam album Gema Bumantara serta lagu Raya Nak Ke Mana turut merakamkan penghargaan kepada barisan juri yang memberi pengiktirafan terhadap karya berkenaan.

"Sebagai penerbit dan penyanyi untuk album Gema Bumantara dan juga lagu Raya Nak Ke Mana, saya ingin berterima kasih kepada juri yang memandang dan melihat sesuatu pada karya kami dan mendapat tempat sebagai lima calon akhir.

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nurhaliza kekal berpengaruh, ungguli 14 pencalonan AIM25, Aisha Retno dapat lapan kategori

ARTIKEL BERKAITAN: AIM25 tetap berlangsung di Kuching, penganjur harap IPU tambah baik menjelang 26 September

"Menerusi pencalonan ini, ada orang lama dan baharu, ada legenda, ada anak muda, anak pelbagai bangsa, ada seseorang yang baharu pertama kali, mereka inilah 'jantung' kepada semua karya saya," jelasnya. 

Dalam masa sama, Siti turut mengesahkan bakal membuat persembahan pada malam kemuncak AIM25 yang akan berlangsung pada 26 September ini. 

"Jumpa di Kuching nanti, saya juga bakal membuat persembahan pada malam Anugerah Industri Muzik," ujarnya. 

Siti menzahirkan kesyukuran atas pencalonan diterima.

Untuk  info, Siti menerima pencalonan akhir merangkumi lapan kategori termasuk Vokal Wanita Terbaik menerusi lagu Kesuma, Album Terbaik, Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu, Lagu Perayaan Terbaik dan Rakaman Album Terbaik. 

Selain itu, Siti turut mendapat empat pencalonan bagi Lagu Tradisional Terbaik menerusi lagu Kesuma, Rencong, Hujung Bumi dan Pesanan Buat Diri

Malam AIM25 bakal berlangsung di BCCK, Kuching, Sarawak pada 26 September 2026, pukul 9 malam. 

Acara ini disiarkan secara langsung ke seluruh negara oleh TVS menerusi saluran 122 dan TVS Inspire.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain