PENGARAH veteran Murali Abdullah menyuarakan kerinduan mendalam untuk kembali menerajui produksi drama atau filem selepas hampir tiga tahun tidak menjejak kaki ke set penggambaran. Murali, 66, berkata, walaupun pergerakan fizikalnya kini terbatas, namun pemikiran dan kreativiti dalam pengarahannya masih belum pudar dan utuh seperti dahulu. “Saya rasa kali terakhir saya mengarah kira-kira tiga tahun lepas untuk drama Isteri Seorang Lelaki di RTM. Walaupun drama itu dapat gred A+, mereka tidak panggil saya lagi. Hampir tiga tahun Murali tidak menjejak kaki ke set penggambaran. "Ada produser elak ambil saya semata-mata kerana saya tidak boleh bergerak, padahal otak saya masih sangat okey. Pernah ada tawaran, tetapi mereka mahu perdayakan saya. "Suruh saya arahkan 13 episod tetapi bayarannya cuma RM500 hingga RM3,000. Mana boleh macam itu, kita tahu nilai kerja dan kelebihan kita yang mampu menyentuh hati penonton. Jadi ia sangat tidak setimpal,” luahnya kepada mStar. Dalam pada itu, Murali mendedahkan dia kini merancang untuk menghasilkan sebuah filem komedi bertajuk Mamak Bikin Filem namun terbatas kerana ketiadaan dana. ARTIKEL BERKAITAN: Setahun tiada pendapatan sejak terlantar sakit, Murali Abdullah terpaksa guna SpayLater beli barang keperluan ARTIKEL BERKAITAN: Pertemuan dua legenda, Murali Abdullah mahu buat drama bantu SathiaMenurutnya, naskhah tersebut mengisahkan seorang lelaki berketurunan mamak yang berhasrat menerbitkan filem, namun bersikap terlalu berkira sehingga memotong semua bajet teknikal penggambaran.“Dah lebih dua tahun saya simpan idea ini. Masa sakit inilah macam-macam idea datang. Kadang-kadang bila tutup mata, tiba-tiba otak bekerja dan ilham mencurah-curah.“Ceritanya sangat kelakar mengenai seorang mamak yang nak buat filem tapi kedekut. Sampai peralatan di set pun dia guna apa yang ada sahaja, contohnya lampu dan pemantul cahaya digantikan dengan tudung periuk. "Saya rasa sudah tiba masanya kita buat cerita komedi untuk penonton," ujarnya. Menyentuh mengenai tahap kesihatan, Murali menjelaskan dia hanya bergantung kepada kerusi roda sahaja untuk bergerak. Pergerakan fizikal Murali agak terbatas namun masih mampu untuk berkarya.“Kalau cakap jujur, kesihatan saya memang tak berapa baik. Strok pertama pada 2011, waktu itu rasa macam dah nampak alam barzakh. "Kemudian pada 2018 kena strok kedua yang buatkan tangan dan kaki tak boleh bergerak, disusuli serangan jantung kronik tahun lalu.“Tetapi hasrat saya tetap mahu kembali mengarah dan mendidik, saya mahu buktikan 'Murali is back',” ujarnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube