suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Saya penat untuk terus berkarya” - Ernie Zakri luah rasa kecewa, kerja keras dipandang rendah

Ernie menasihati orang ramai agar lebih menjaga tutur kata dalam memberi pandangan di media sosial.

PENYANYI Ernie Zakri mengakui ada ketikanya dia berasa penat untuk terus berkarya apabila segala usaha yang dicurahkan masih dianggap belum cukup oleh sesetengah pihak.

Ernie atau Nur Ernie Shahirah Zakri, 34, berkata perasaan itu timbul bukan kerana dia sudah kehabisan idea atau tidak mampu memberikan yang terbaik, sebaliknya kecewa apabila pencapaian dan hasil kerja kerasnya mudah dipandang kecil hanya berdasarkan apa yang dilihat orang luar.

"Kadang-kadang, saya penat untuk terus berkarya. Bukan kerana saya sudah tiada apa-apa untuk diberikan, tetapi kerana walau sebanyak mana pun saya curahkan dalam karya saya, akan sentiasa ada yang merasakan ia masih belum cukup.

Luahan Ernie yang dimuat naik di Threads miliknya.

"Walaupun pencapaian kecil, tetap ada yang mahu mengukur atau mempersoalkannya. Dan kadang-kadang saya tertanya-tanya apa sebenarnya yang dianggap cukup? Saya tahu, orang akan sentiasa bercakap.

"Mereka bercakap tentang apa yang mereka lihat, apa yang mereka andaikan dan kadang-kadang tentang perkara yang mereka sendiri tidak tahu apa-apa mengenainya. Saya sudah berdamai dengan perkara itu," katanya. 

Ernie berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Threads miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ernie Zakri mohon jangan cepat ‘judge’ lagu baharu, kena tonton filem dulu untuk dapat emosi

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya masih yang sama“ - Ernie Zakri hanya ‘jual‘ aura berbeza, muzik lebih matang di era baharu

Dalam pada itu, Ernie berharap orang ramai lebih berhati-hati dalam memilih kata-kata kerana komen yang diberikan mungkin membuatkan pencapaian seseorang kelihatan kecil di mata orang lain.

"Saya berharap kita semua boleh belajar untuk lebih berhati-hati dengan kata-kata yang kita pilih sehingga membuatkan pencapaian seseorang kelihatan kecil di mata orang lain.

"Kerana anda hanya nampak pada lagunya. Anda tidak nampak malam-malam yang dilalui tanpa tidur untuk menghasilkan karya itu.

"Anda nampak pentasnya, tetapi tidak nampak bertahun-tahun yang diperlukan untuk saya sampai ke situ," katanya. 

Tambah penyanyi lagu Sejambak Bunga ini lagi, apa yang dilihat orang ramai hanyalah pencapaian di permukaan sedangkan perjalanan untuk sampai ke tahap tersebut menuntut seseorang untuk terus percaya kepada dirinya sendiri.

Ernie akan tetap terus berkarya.

"Anda nampak pencapaiannya, tetapi tidak nampak insan di sebalik semua itu yang terpaksa terus percaya pada dirinya sendiri untuk sampai ke tahap tersebut.

"Mungkin saya akan berhenti cuba membuktikan bahawa saya sudah cukup. Saya akan terus berkarya.

"Dan jika kemenangan kecil saya masih terasa terlalu kecil buat anda, mungkin masalahnya bukan pada besar atau kecilnya pencapaian saya," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain