TAMPIL dengan lagu baharu berjudul Sejambak Bunga, penyanyi Ernie Zakri memberitahu ia juga menjadi lambang permulaan satu era berbeza dalam perjalanan seninya.Menurut Ernie atau Nur Ernie Shahirah Zakri, 34, kemunculan karya ini juga menunjukkan kematangan dari sudut pemilihan muzik dan penampilan di atas pentas. "Era baharu bermaksud segala-galanya. Sebelum ini peminat sudah mendengar album Aura dan melihat imej yang lebih lembut. Tetapi sekarang menampilkan Ernie Zakri yang lebih matang dari sudut muzik dan mengetengahkan aura berbeza.Ernie turut membawa gaya berbeza dalam penampilan. "Kematangan yang mahu saya tampilkan juga termasuk dari segi penampilan. Ceritanya berkisarkan wanita yang telah melalui beberapa fasa dalam kehidupan."Dari sudut vokal, Ernie masih lagi sama. Bagus ada era yang berbeza supaya orang dapat melihat perbezaan. Apabila ada konsert, peminat akan melihat peralihan kemajuan. Itu sangat penting bagi seorang penyanyi," katanya.Istimewanya, Ernie turut berkolaborasi dengan pereka fesyen Zaimi Zulkifli yang bakal memberi imej berbeza untuk penampilan terbaharunya itu.ARTIKEL BERKAITAN: [V] Sedar baju ketat jadi kecaman, Ernie Zakri terbuka terima teguran - “Jangan jadikan contoh“ ARTIKEL BERKAITAN: Ernie Zakri mohon jangan cepat ‘judge’ lagu baharu, kena tonton filem dulu untuk dapat emosiBercakap tentang karya ciptaan Hael Husaini dan Iqie Hugh itu, katanya mesej terpenting yang ingin disampaikan adalah tentang kekuatan untuk tetap memilih kebaikan.“Tak semua luka perlu dibalas dengan luka. Kadang-kadang kemenangan kita ialah apabila kita tetap memilih untuk menjadi baik.Ernie mahu menunjukkan kematangan dalam perjalanan kerjaya seni. "Bagi saya, kekuatan sebenar adalah apabila kita mampu terus melangkah dengan hati yang tenang tanpa membiarkan pengalaman lalu mengubah nilai yang kita pegang," ujarnya.Pun begitu, penyanyi ini memberitahu era baharu ini tidak mengubah peribadinya yang cukup disenangi peminat, terutama ketika mereka berinteraksi di media sosial."Saya masih lagi Ernie yang sama. Hanya dalam lagu berubah, gaya hidup tetap sama. Tidak boleh nak terlalu bertukar," jelasnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!