MELUAHKAN rasa teruja, pelakon Azrel Ismail turut bersyukur apabila diberi peluang untuk terlibat dalam sebuah tawaran berlakon sinetron di Indonesia.Bagi Azrel, 42, tawaran tersebut juga menjadi peluang untuk dia terus mengembangkan kerjaya seni di luar Malaysia. "Mestilah saya gembira dan bersyukur bila dapat tawaran macam ini. Ia sesuatu yang membuatkan saya teruja, terutama apabila dapat kembangkan kerjaya ke luar Malaysia.Azrel beri bayangan bakal menetap lama di Jakarta. "Saya hargai setiap peluang yang datang. Saya anggap ia sebahagian daripada perjalanan untuk terus berkembang dan cabaran bagi diri saya sebagai seorang pelakon," katanya kepada mStar.Azrel sebelum itu berkongsi khabar gembira tentang perkara tersebut menerusi beberapa hantaran yang dimuat naik di laman Threads miliknya.ARTIKEL BERKAITAN: Azrel Ismail tolak lamaran wanita bukan Melayu, banyak berfikir punca masih bujang di usia 40 tahun - “Dia terlalu cantik” ARTIKEL BERKAITAN: Tak mudah menangis dalam lakonan, Azrel Ismail sapu minyak angin cara keluar air mataPelakon ini dalam masa sama turut memberi bayangan dia bakal menetap di Jakarta, Indonesia untuk tempoh yang lama bagi menjalani penggambaran."Saya dapat tawaran penggambaran di Indonesia, tapi kena tinggal dan boleh dikatakan pindah ke Jakarta.Tawaran berlakon di Indonesia jadi peluang Azrel kembangkan kerjaya seni. "600 episod, hello Jakarta," ujarnya dalam hantaran berkenaan.Azrel bagaimanapun tidak boleh mendedahkan secara terperinci tentang butiran sinetron berkenaan dan tarikh dia bakal memulakan penggambaran.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!