suria

Tak mudah menangis dalam lakonan, Azrel Ismail sapu minyak angin cara keluar air mata

Azrel mengakui sukar untuk melakonkan babak menangis.

KEMUNCULAN pelakon Azrel Ismail memegang watak sebagai seorang bapa tunggal menerusi filem Biko bukan tugas mudah kerana perlu menjayakan banyak babak air mata.

Azrel, 38, berkata, dia bukan seorang yang mudah mengalirkan air mata tetapi itu bukan alasan untuk membawa watak penuh emosi dan mempunyai cara tersendiri.

Dedahnya, dia biasanya akan menyapu minyak angin di bahagian mata bagi mengeluarkan air mata dan cara itu berkesan untuk dirinya.

"Terdapat babak yang saya tak dapat mengeluarkan air mata sampai saya terpaksa menitiskan minyak angin demi mengeluarkan air mata.

azrel2

Biko merupakan filem yang banyak bermain dengan emosi.

"Ada satu masa itu saya tertitis lebih minyak angin di bahagian mata sehingga rasa panas dan pedih.

"Akibatnya mata saya tak boleh dibuka kerana pedih. Penggambaran pun terpaksa dihentikan," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Pukul 4 pagi ke gim dan ‘intermittent fasting’ cara Azrel Ismail jaga badan

ARTIKEL BERKAITAN: “Pengalaman bercinta dengan selebriti tak berapa bagus, gadis biasa lebih memahami” - Azrel Ismail

Azrel berkata demikian ketika ditemui ketika sidang media tayangan perdana filem Biko yang diadakan di Golden Screen Cinemas (GSC), The Starling pada Rabu lalu.

Dalam pada itu, pelakon ini menjelaskan dia bukan tidak pernah menjayakan babak menangis dalam drama lakonannya namun untuk filem Biko ia benar-benar menguji emosi.

"Sebelum ini ada juga saya melakonkan babak menangis di dalam drama tetapi bergantung kepada skrip juga.

azrel1

Azrel bakal muncul dengan filem terbaharu pada Oktober depan.

"Apa yang saya boleh katakan, filem Biko memang banyak bermain emosi dan disebabkan itu ada masanya saya memerlukan cara lain untuk mengeluarkan air mata," jelasnya.

Karya arahan Teng Bee mengangkat kisah tentang seorang bapa tunggal iaitu Izwan yang mengimpikan kehidupan selesa buat anaknya Biko.

Namun semuanya berubah apabila muncul seorang wanita iaitu Sara lakonan Baby Shima yang mempunyai kaitan dengan kisah silam Izwan sehingga mencetuskan pelbagai konflik dalam hidupnya.

Biko bakal menemui penonton di pawagam bermula 13 Oktober ini.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain