suria

Pukul 4 pagi ke gim dan ‘intermittent fasting’ cara Azrel Ismail jaga badan

Azrel Ismail menjaga diet pemakanan seimbang demi menjayakan watak.

DEMI mendapatkan bentuk tubuh badan yang ideal untuk watak, pelakon, Azrel Ismail sanggup pergi ke gimnasium seawal pukul 4 pagi.

Kata Azrel, 38, perkara itu sudah menjadi rutin buat dirinya yang sentiasa mementingkan kesihatan dan bentuk tubuh badan.

"Fokus saya lebih kepada aktiviti senaman harian. Boleh dikatakan setiap hari sekiranya tidak tidak terlibat dengan penggambaran saya akan ke gimnasium.

"Jika penggambaran di buat di lokasi yang jauh dan sukar untuk mendapatkan kemudahan pusat kesihatan, saya akan membawa dumbbell ke set.

"Sekarang ini sudah ada pelbagai teknologi baharu termasuk dumbbell yang boleh dipusing untuk menukar jumlah beban daripada 2.5 kilogram ke 24 kilogram," jelasnya kepada mStar.

Untitled design (52)

Jika kelapangan Azrel akan ke gim seawal pukul 4 pagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Azrel Ismail buat sesuatu nak jadi tular

ARTIKEL BERKAITAN: “Pengalaman bercinta dengan selebriti tak berapa bagus, gadis biasa lebih memahami” - Azrel Ismail

Azrel turut memberitahu, dia perlu mendapatkan bentuk tubuh badan yang sesuai bagi menjayakan watak filem Saadiah Bekas Kasih Merdeka.

"Pengambaran akan dimulakan pada September hadapan dan saya memegang watak sebagai anggota polis.

"Meskipun tempohnya masih panjang, saya perlu konsisten agar apabila waktu penggambaran tiba semuanya sudah berada pada tahap bersedia," ujarnya.

Mengulas lanjut, Azrel turut tidak menolak teknik intermittent fasting mampu memberikan kesan penurunan berat badan yang drastik dalam tempoh masa seminggu.

Untitled design (53)

Azrel bakal menjalani penggambaran filem Saadiah Bekal Kasih Merdeka yang diangkat daripada kisah benar.

"Kaedah ini antara diet yang selalu saya cuba untuk cepat turun berat badan. Selalunya antara pukul 6 petang sehingga pukul 12 tengah hari keesokannya tidak akan makan apa-apa kecuali air putih sahaja.

"12 tengah hari sehinga 6 petang saya akan makan, tetapi pengambilan makanan sihat tanpa lemak, minyak dan gula. Boleh dikatakan dalam 5 hingga 10 kilogram boleh turun dalam seminggu," terangnya.

Sementara itu, bercakap tentang lakonan, filem Saadiah Bekas Kasih Merdeka yang diangkat daripada kisah benar seorang wanita bernama Saadiah Abdullah.

Saadiah sanggup mengayuh basikal sejauh lima kilometer setiap hari untuk menghantar bekalan makanan tengah hari ke Ibu Pejabat Polis Gerik, Perak hampir 40 tahun selepas suaminya dibunuh oleh komunis.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain