PENYANYI nasyid Nazrey Johani memaklumkan isterinya, Habibah Johnny, 34, disahkan menghidap kanser hati dan mata pada minggu lalu.Menurut Nazrey atau Nazrey Johani Abdullah, 54, isterinya sudah lama mengalami masalah kesihatan sebelum pemeriksaan lanjut di hospital mengesahkan penyakit tersebut. “Sebenarnya dia dah sakit lama. Dia selalu muntah dara. Saya bawa ke klinik mereka suruh saya terus buat pemeriksaan di hospital. “Selepas melakukan pemeriksaan doktor sahkan isteri saya hidap kanser hati dan mata. “Buat masa ini keadaan isteri saya baik-baik saja. Mungkin dia masih di tahap awal kanser,” katanya kepada mStar.Nazrey berkongsi perkara itu ketika ditemui media. Nazrey berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis Doa Selamat Rayhan Syukur 26 yang diadakan di Publika Shopping Gallery, Kuala Lumpur.Dalam pada itu, Nazrey memberitahu isterinya kini perlu menjalani rawatan susulan, namun pada masa sama dia sedang mempertimbangkan untuk mendapatkan rawatan di Guangzhou, China.Kata Nazrey, dia tertarik apabila sahabatnya yang juga anggota kumpulan The Zikr, Syamsul berkongsi pengalaman membawa isteri menerima rawatan di negara berkenaan. ARTIKEL BERKAITAN: “Doktor kata saya memang tak dapat diselamatkan” - Nazrey Johani syukur Allah panjangkan usia selepas 99 peratus saluran jantung tersumbatARTIKEL BERKAITAN: Nazrey Johani kembali aktif bersama Ana The Rayhan, mahu bela nasib sahabat“Ada rawatan susulan tetapi saya tengah fikir kalau ada duit nak pergi Guangzhou. “Isteri rakan saya, Syamsul pernah menjalani rawatan kanser di China. Daripada tidak boleh berjalan pakai kerusi roda sekarang sudah boleh bergerak sendiri. “Sekarang dah kali ketiga mereka ke China buat rawatan. Saya sendiri kalau ada kemampuan pun nak pergi tapi kos sekali pergi dalam RM30,000 juga,” ujarnya. Nazrey berimpian untuk mendapatkan rawatan di China. Mengulas lanjut, Nazrey tertarik dengan pendekatan pihak hospital di China yang turut menawarkan alternatif bagi membantu pesakit yang berdepan kekangan kewangan untuk mendapatkan rawatan.“Apa yang menariknya pihak hospital di sana (China) suruh buat konsert untuk kutipan dana bagi pesakit kanser. “Syamsul beritahu kalau kita tak ada duit pihak hospital akan fikirkan solusi bagaimana mahu mencari dana. “Insya-Allah kami akan atur perancangan idea ini untuk mengadakan konsert amal ini,” katanya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!