suria

Nazrey Johani kembali aktif bersama Ana The Rayhan, mahu bela nasib sahabat

BEKAS vokalis utama Raihan, Nazrey Johani mengakui sebak apabila kembali bersatu dengan dua anggota kumpulan nasyid itu iaitu Amran Ibrahim dan Zulfadzli Mustaza (Afad)

Nazrey atau Nazrey Johani Abdullah, 54, berkata keputusan untuk kembali aktif menyanyi semula menerusi kumpulan baharu yang ditubuhkan iaitu Ana The Rayhan dibuat kerana ingin membantu serta membela nasib sahabatnya.

“Saya sebak kerana inilah yang saya mahukan sejak dulu. Apa yang saya buat bukan hanya untuk kumpulan ini, tetapi untuk membela sahabat-sahabat.

“Niat saya sehingga konsert pada 26 April nanti hanya mahu bantu kawan-kawan kembali membuat persembahan. Selepas itu terpulang kepada sesiapa jika mahu meneruskan,” katanya.

Dalam pada itu, Nazrey berkata dia juga terbuka sekiranya ada penambahan ahli baharu dalam Ana The Rayhan pada masa akan datang.

Untuk info, kumpulan Ana The Rayhan bakal mengadakan konsert sulung yang dijangka berlangsung pada Julai depan.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

 



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi