suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Ketika itu juga Allah adil“ - Sharnaaz Ahmad akui pernah terima watak impian sewaktu murung akibat perceraian

Sharnaaz dedah hadapi tekanan semasa proses perceraian.

PELAKON Sharnaaz Ahmad mendedahkan dia pernah berdepan fasa kemurungan yang amat teruk sewaktu melalui proses perceraian bersama bekas isterinya, Noor Nabila pada 2020. 

Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 41, berkata, emosi dan tekanan jiwa yang dialami ketika itu berada pada tahap terendah.

“Ketika itu saya dalam proses perceraian. Saya sangat 'down' dan boleh cakap saya berada dalam keadaan yang sangat murung.

Sharnaaz sentiasa percaya dengan aturan Allah. 

“Kalau nak cakap saya merintih kesedihan dan stres, memang sangat teruk,” katanya dalam satu hantaran video yang dimuat naik oleh peminat. 

Bagaimanapun, Sharnaaz menganggap aturan Allah itu sangat adil apabila dikurniakan rezeki watak impiannya pada waktu yang sama dia berdepan ujian rumah tangga.

“Tapi ketika itu juga Allah itu adil. Dia akan bagi pada kita ujian dan juga hadiah.

ARTIKEL BERKAITAN: “Pastikan yang menang berkualiti” - Sharnaaz Ahmad harap juri tak terpengaruh kejayaan luar negara

ARTIKEL BERKAITAN: Sharnaaz Ahmad tegur content creator, video ‘takut bini’ boleh rosakkan perkahwinan... “Ramai yang buat kandungan ke arah itu akhirnya bercerai”

“Hadiah itu apabila buat pertama kalinya saya dapat terlibat dalam filem yang saya idamkan iaitu Polis Evo 3. Namun dalam masa yang sama juga, saya terima surat cerai

“Kalau Tuhan turunkan penyakit, mesti Dia akan bagi penawar juga. Bila saya bawa kemurungan itu dan terapkan dalam watak filem Polis Evo 3, perkara itulah yang menjadi punca untuk saya menjayakan filem itu sampai boleh capai RM58 juta,” jelasnya.

Dalam pada itu, Sharnaaz turut menitipkan kata-kata semangat bagi sesiapa yang mungkin sedang berdepan ujian hidup agar tidak cepat berputus asa.

Sharnaaz dan Nabila mempunya seorang cahaya mata lelaki. 

Sebaliknya, dia menasihati agar setiap dugaan dijadikan pendorong untuk bangkit mencapai kejayaan baharu.

“Kalau awak rasa Tuhan sedang uji, ambillah perkara itu sebagai pembakar semangat untuk jadikan ia satu kejayaan baharu yang sedang awak cari,” katanya. 

Untuk rekod, Sharnaaz dan Nabila mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 dan bercerai pada 9 Julai 2020. 

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Jebat Jaydeen yang memasuki usia lapan tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

 

Artikel Lain