SEKIAN lama tidak muncul di pentas besar, penyanyi Nita Hamzah memilih TikTok sebagai platform untuk terus berkarya selain mencari sumber pendapatan.Nita, 46, berkata dia kini aktif membuat persembahan secara langsung di aplikasi berkenaan dan pendapatannya bergantung kepada hadiah (gift) yang diberikan peminat. “Saya kini aktif menyanyi secara langsung di TikTok. Terus terang saya cakap kalau menyanyi di TikTok pendapatannya bergantung kepada gift pemberian peminat. Nita tidak malu mencari rezeki dengan membuat siaran langsung di TikTok.“Saya ada saja menyanyi tetapi tidaklah di platform besar seperti stesen televisyen dan acara besar. “Saya diajar untuk tidak mengeluh. Cuma perkongsian saya di Threads sebelum ini hanya untuk memaklumkan kepada semua saya masih lagi menyanyi kalau ada yang mahu memberi tawaran kerja,” katanya kepada mStar. Dalam pada itu, Nita berpendapat dia tidak melihat aktiviti menyanyi di TikTok sebagai satu tindakan yang merendahkan statusnya sebagai penyanyi.ARTIKEL BERKAITAN: “Allah nak beri rezeki ni, kenapa nak tolak?“ - Nita Hamzah pernah dapat RM300 nyanyi di majlis kahwinARTIKEL BERKAITAN: “Saya kurang popular” – Nita HamzahSebaliknya, naib juara Malaysian Idol musim kedua ini menganggap peluang tersebut sebagai salah satu bentuk rezeki yang hadir selepas dirinya berhijrah dan mengenakan hijab.“Semenjak saya berhijrah (berhijab) ini, saya tak cakaplah saya baik tetapi lebih kepada berserah saja. Kalau ada rezeki untuk saya, Alhamdulillah. “Mungkin ada sesetengah orang cakap tak malu ke menyanyi di TikTok, downgrade kerjaya saya. Bagi saya, ia bukan tentang downgrade tetapi semuanya adalah satu rezeki. “Saya percaya rezeki datang dalam pelbagai cara, mungkin asbab ada Tiktok bolehlah saya cari rezeki daripada saya terus senyap memang takkan ada orang nampak bakat saya lagi,” ujarnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!