suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Allah nak beri rezeki ni, kenapa nak tolak?“ - Nita Hamzah pernah dapat RM300 nyanyi di majlis kahwin

Nita pernah ditawarkan dengan bayaran rendah.

PENYANYI Nita Hamzah mengakui masih aktif menerima tawaran nyanyian meskipun namanya tidak lagi kerap menghiasi pentas besar atau kaca televisyen.

Nita atau Norhanita Hamzah, 46, berkata dia tidak pernah memilih tawaran yang diterima termasuk pernah dibayar hanya RM300 untuk membuat persembahan di sebuah majlis perkahwinan kerana percaya setiap rezeki sudah ditentukan Allah.

“Sebenarnya saya masih menyanyi lagi, kebanyakannya yang panggil menyanyi daripada kawan-kawan dan keluarga untuk acara-acara perkahwinan. 

Nita tak pernah tolak tawaran nyanyian.

“Kalau tanya serendah berapa tawaran nyanyian yang diterima, saya pernah menerima RM300 untuk menyanyi di acara perkahwinan. 

“Saya tengok juga keadaan, saya fikir Allah nak beri aku rezeki ni, kenapa aku nak tolak. Ambil sajalah,” katanya kepada mStar.

Bagaimanapun, Nita memaklumkan dia kini lebih tenang menerima perjalanan hidup dan percaya setiap rezeki hadir mengikut aturan Allah.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Kurang Popular” – Nita Hamzah

ARTIKEL BERKAITAN: Nita Hamzah Sepatutnya Nikah Bulan Ini Tapi Tak Jadi

Pada masa sama, dia tidak menafikan masih ada segelintir pihak yang kurang memahami kos sebenar yang perlu ditanggung seseorang penyanyi sebelum menjayakan sesebuah persembahan.

“Saya percaya akan ada satu masa di mana kita akan rasa percaya pada rezeki, kalau sudah tertulis begini cara saya mendapat rezeki, itulah yang saya terima. 

“Cuma ada segelintir individu yang mengambil kesempatan bila saya terlampau ambil kisah tentang tawaran (bayaran) diberi. Saya bukan demand tetapi mereka tak faham kalau nak buat persembahan saya perlukan jurusolek, penggunaan petrol untuk bergerak ke lokasi. 

“Kalau saya memerlukan seseorang untuk membantu melancarkan kerja, saya perlu bayar mereka juga. Jadi orang tak faham konsep itu. Kadang kala kalau saya malas fikir banyak dan suami saya lapang pada waktu itu, memang dia yang akan bantu dan teman saya,” jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain