KENYATAAN pelakon dan pengacara Jaa Suzuran yang bersikap terbuka mengenai soal jodoh memakan diri sendiri apabila dia menjadi buruan ramai ibu tunggal atau janda yang mahu mencuba nasib.Mengakui perkara tersebut, Jaa atau nama sebenarnya Mohammad Faizal Ahmad, 32, mendedahkan ruang mesejnya dihujani hasrat perkenalan daripada ramai wanita yang menawarkan pelbagai pakej keluarga. "Sejujurnya memang ada ramai (ibu tunggal) yang baik-baik nak berkenalan. Apabila sudah terlalu ramai, jadi kita tengoklah satu-satu dan tapis.Ramai yang cuba mahu mendekati Jaa. "Inilah bahagian paling kelakar, ada yang datang dengan pakej enam anak. Allahuakbar! Ada yang datang empat anak, ada yang datang sepasang."Secara peribadi, saya hanya mampu terima (pakej) sampai dua orang anak sahaja. Lebih daripada itu saya tak mampu dah," katanya kepada mStar ketika ditemui pada malam gala filem Tiket Sehala. Tidak pernah membezakan status seseorang wanita, Jaa menjelaskan bahawa gelaran janda hanyalah sekadar perbezaan pengalaman hidup dan hatinya sentiasa terbuka menerima takdir Allah.ARTIKEL BERKAITAN: [V] Jaa Suzuran alu-alukan ibu tunggal jadi calon isteriARTIKEL BERKAITAN: Jaa Suzuran dah lali diasak soalan jodoh, pernah terasa hati... “Hari-hari orang tanya bila nak kahwin”Malah, keluarganya juga tidak meletakkan sebarang halangan asalkan mereka mampu membawa kebahagiaan dan saling memahami."Bagi saya sama sahaja (janda atau anak dara), cuma perbezaan pengalaman. Keluarga saya okey sahaja, janji kami boleh hidup bahagia selama-lamanya dan faham satu sama lain."Saya okey sahaja sebab memang suka budak-budak. Cuma pesanan saya, janganlah sampai anak itu sudah berumur 17 tahun. Nanti salah faham, tak fasal-fasal saya pula yang kena bantai dengan anak dia," ujarnya. Keluarga juga terima setiap keputusan yang dibuat Jaa. Dalam perkembangan lain, Jaa turut menjelaskan kekeliruan berhubung hantarannya di aplikasi Threads baru-baru ini yang seolah-olah mengatakan dirinya dicurangi. "Itu sekadar membaca luahan orang di Threads dan merumuskan bahawa perangai (curang) itu semuanya sama."Kadang-kadang kita lalai sebab pasangan berlakon cemburu, jadi kita rasa dia sayang, padahal dia sedang curang. Dia buat begitu sekadar untuk mengaburi mata."Saya kan tak ada teman wanita, buat apa saya nak cakap fasal diri sendiri? Saya cuma mewakili perasaan mereka yang tersakiti dan tak mampu nak ekspresikan perasaan itu," jelasnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!