suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Adira mohon hentikan isu anak-anak tak datang majlis kahwin bekas suami

Adira mahu fokus besarkan empat anaknya.

PENYANYI Adira Suhaimi berharap isu berkaitan anak-anak tidak hadir ke majlis resepsi bekas suaminya tidak perlu diperbesarkan. 

Bagi Adira atau Siti Adira Suhaimi, 35, perkara tersebut bukanlah suatu yang perlu menjadi perhatian selain enggan memberi kesan kepada empat cahaya matanya. 

“Anak-anak dah besar. Mereka dah boleh membaca. Jadi saya tak nak ada isu macam ini, kalau boleh hentikan. 

Adira tak mahu anak-anak terjejas dengan kisah ibu bapa mereka.

“Tak datang majlis itu bukan isu yang besar atau penting sangat pun. 

“Saya tak mahu layan isu-isu begini dan tidak mahu dengar dah. Sebagai ibu saya hanta mahu yang terbaik untuk anak-anak,” katanya kepada mStar. 

Adira berkata demikian sebagai respons terhadap kenyataan bekas suaminya, Datuk Seri Adnan Abu yang meluahkan rasa terkilan kerana anak-anak tidak hadir di majlis resepsi perkahwinannya yang berlangsung pada 27 Julai lalu. 

Adira dalam masa sama menegaskan dia tidak pernah menghalang Adnan atau mesra disapa Datuk Red untuk berjumpa anak-anak selepas mereka berpisah. 

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen terkejut Miley Cyrus tayang payudara, kemaluan dalam sesi fotografi

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada bukti kukuh, Kim Soo Hyun bebas dakwaan eksploitasi seksual kanak-kanak

“Apa yang penting saya tak pernah halang dia jumpa anak pada bila-bila masa,” ujarnya. 

Adira dalam masa sama menegaskan fokusnya kini adalah untuk terus mencari rezeki buat anak-anak selain tumpuan kepada kerjaya. 

“Bukan senang nak cari rezeki untuk anak-anak. Saya kerja untuk menampung segala keperluan mereka. 

“Berilah saya jalani kehidupan senagai seorang ibu dan fokus kepada kerjaya. 

Adira mempunyai empat orang cahaya mata.

“Saya tidak usik sesiapa, jadi jangan ganggu saya,” tegasnya. 

Untuk rekod Adira dan Adnan sah bercerai pada 24 April 2024 selepas sembilan tahun mendirikan rumah tangga. 

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat anak iaitu Anggrek, 9, Asan, 8, Anggun, 7, dan Ayob, 4 tahun.

Adnan kemudian memfailkan kes pengesahan rujuk berkenaan di Mahkamah Syariah Gombak Barat pada Disember tahun lalu dan masih dalam proses perbicaraan. 

Dia kembali mendirikan rumah tangga dengan Rohanita pada 3 Julai.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain