BERJAYA membina kerjaya di India, pelakon Irfan Zaini mendedahkan bayaran yang diterima oleh pelakon filem di negara itu jauh lebih lumayan berbanding Malaysia.Menurut Irfan, 31, perkara itu bukan sesuatu yang menghairankan memandangkan peruntukan untuk menghasilkan sesebuah filem di India jauh lebih besar. “Macam saya katakan, peruntukan menghasilkan filem di India jauh lebih besar, lebih kurang RM400 juta jika dibandingkan dengan Malaysia.“Jadi, tentu sekali bayaran pelakon lebih mahal kerana kita maklum betapa besar bayaran pelakon di sana,” katanya kepada mStar.Irfan tunggu lima tahun untuk dapat peluang berlakon di India.Irfan berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada sidang media filem Terbang di Petaling Jaya, Selangor pada malam Rabu.Berkongsi mengenai usahanya menempa nama di negara berkenaan, Irfan berkata dia tidak boleh hanya menanti peluang sebaliknya perlu berusaha sendiri untuk mendapatkan tawaran berlakon.Katanya, dia mengambil masa sehingga lima tahun untuk merealisasikan impian berlakon dalam filem India.ARTIKEL BERKAITAN: Filem terakhir Vijay jadi rezeki terbesar Irfan Zaini, muncul dalam treler ‘Jana Nayagan’ARTIKEL BERKAITAN: Irfan Zaini tak menipu, tunjuk bukti tangan peminat kena gores kerana ‘Malik’“Mereka punya bajet dan dunia mereka sangat besar. Jadi orang macam saya ini kena terdesak dan lapar untuk berlakon.“Kalau duduk dan tunggu pihak pengurusan yang bawa memang tak boleh. Saya berusaha lima tahun untuk berlakon di sana. Lima filem Vijay saya tak dapat. "Filem keenam baru saya dapat. Menerusi filem The Greatest of All Time, saya berpeluang berbual secara peribadi dengan Vijay kerana dia nampak cara saya berlakon. Sebab itu juga saya berpeluang berlakon dalam filem Jana Nayagan,” kongsinya.Pengalaman berlakon di India banyak mengajar Irfan.Dalam pada itu, Irfan mengakui pengalaman berlakon di India banyak memberi pengajaran kepadanya, terutama apabila berpeluang bekerja dalam set penggambaran yang berskala besar.“Pengalaman berlakon di India banyak mengajar saya. Apatah lagi berlakon dalam set penggambaran yang cukup besar.“Tapi, set penggambaran filem Terbang ini tidak kurang hebat. Saya boleh katakan setaraf filem antarabangsa meskipun peruntukan lebih kecil berbanding di India.“Ini membuktikan filem kita mampu bersaing dan sampai ke tahap antarabangsa meskipun dengan bajet kecil,” ujarnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!