BUKAN bercakap kosong, pelakon Irfan Zaini berkongsi bukti seorang peminatnya mengalami kecederaan selepas dipukul hanya kerana mengambil gambar bersamanya.
Irfan atau nama sebenarnya Muhammad Irfan Mohamed Zaini, 30, berkata dia tidak sampai hati untuk berkongsi perkara itu namun ramai pihak menuntut bukti kejadian tersebut.
Dia juga berharap kecederaan mangsa kini semakin pulih selain enggan kajadian seperti itu berulang lagi.
Tangan peminat Irfan cedera.
"Ramai yang mesej minta bukti tentang kejadian itu. Dan inilah buktinya. Hati saya berat untuk kongsi, tapi saya benar-benar berharap ini kali terakhir perkara macam ini berlaku.
"Tolong jaga diri semua dan kepada mangsa, saya doakan awak semakin pulih dan baik," katanya.
Irfan berkongsi perkara itu menerusi Instastory miliknya pada petang Rabu.
Menerusi hantaran tersebut, memaparkan pergelangan tangan seorang wanita mengalami kecederaan sehingga berdarah.
ARTIKEL BERKAITAN: Peminat Irfan Zaini kena pukul selepas ambil gambar bersama, siap dapat amaran tak mahu kongsi ‘Malik’
ARTIKEL BERKAITAN: Watak ‘Malik’ digilai peminat, ‘Blood Brothers’ lonjakkan nama Irfan Zaini
Kejadian berkenaan berlaku pada 27 April lalu ketika mangsa berada di dalam tandas selepas menyaksikan filem Blood Brothers: Bara Naga di sebuah pusat beli belah di Kuching Sarawak.
Mangsa turut berkongsi tidak mengenali penyerang namun percaya dia salah seorang peminat Irfan.
"Saya kena serang dekat tandas awal selepas saja habis saksikan Blood Brothers dekat salah satu pusat beli belah di Kuching.
"Pelaku seorang perempuan, saya pun tak kenal siapa perempuan itu. Tiba-tiba dia datang terus gores tangan saya dan cakap Malik aku punya.
Irfan sentiasa memberi layanan sama rata kepada peminatnya.
"Crush betul dia dengan Malik! Sekarang saya tengah dalam rawatan," kongsinya.
Sebelum ini, Irfan mendedahkan terdapat peminat fanatik yang bersikap agresif sehingga sanggup mencederakan orang lain.
Kata Irfan, dia sentiasa cuba memberi layanan sama rata kepada peminatnya walaupun dalam pertemuan yang sangat singkat.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube