suria

Habis RM500,000 buat majlis kahwin, Mas Khan sanggup belanja besar untuk ‘honeymoon’... Lebih tenang lepas jadi suami

Mas Khan mahukan yang terbaik buat isteri.

SANGGUP berhabis untuk sebuah majlis perkahwinan, pelakon Mas Khan juga tidak akan berkira untuk mengeluarkan belanja besar bagi tujaan berbulan madu. 

Bagi Mas Khan atau Mad Hidzhir Khan Mas Fadzillah Khan, 31, sebagai suami dia hanya mahukan isterinya iaitu Anatasha Atiqah Diana sentiasa gembira tanpa terlalu memikirkan soal wang ringgit. 

"Tidak kisah berapa habis sekalipun, apa yang penting adalah memori yang dicipta itu kekal selamanya. Bagaimanapun perlulah buat kira-kira juga. 

Majlis resepsi Mas Khan dan isteri berlangsung mewah. 

"Rancangan asal kami mahu ke Maldives, tetapi sebab kekangan masa selepas bernikah kami tukar destinasi. Kami sudah ke Bali (Indonesia) untuk mini honeymoon. 

"Selepas selesai majlis resepsi mungkin kami akan ke Jepun atau Eropah," katanya ketika dihubungi mStar. 

Mas Khan Anatasha bernikah pada 25 Mei lalu di Kuala Lumpur. 

ARTIKEL BERKAITAN: Dua kali air mata gugur, Mas Khan sebak bergelar suami 

ARTIKEL BERKAITAN: Suka lihat isteri cantik, Mas Khan beli sendiri baju untuk Anatasha

Mereka kemudian diraikan dalam satu majlis resepsi di Genting Highlands, Pahang pada 14 Jun dengan penuh mewah bertemakan Crazy Rich Asian. 

Bukan hanya mengeluarkan belanja berjumlah RM500,000 untuk majlis berkenaan, malah Mas Khan juga memberi pelbagai hadiah istimewa termasuk wang tunai buat tetamu yang hadir. 

Berkongsi fasa baharu dalam kehidupan, Mas Khan akui kini lebih tenang dan bahagia kerana berkahwin dengan wanita yang cukup memahami dirinya. 

Mas Khan lebih tenang selepas bergelar suami. 

"Rasa tenang yang cukup berbeza... bangun pagi ada orang di sebelah dan balik kerja pula isteri tunggu. 

"Kadang-kala penat juga kena hantar isteri pergi kerja walau ada driver. Tetapi tak mengapa, saya layankan sahaja. Satu hari penat ini akan dirindui. 

"Penat akan hilang bila melihat senyum isteri. Walau ada ketika bergaduh kecil hanya kerana siapa mahu lipat baju. Bila kawan baik jadi isteri, hidup akan rasa cukup... sangat berharga," ujarnya. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain