DEMI merealisasikan watak seorang pelacur, pelakon Ellie Suriaty sanggup berkemban dalam drama berjudul Hilang Kasyorga.
Ellie atau nama sebenarnya Ellie Suriaty Omar, 55, berkata dia tidak kisah melakonkan watak bernama Juwita itu kerana ia adalah sekadar lakonan dan bukan dirinya yang sebenar.
Malah dia percaya karakter tersebut membawa mesej yang besar dalam drama arahan Feroz Kader itu.
Ellie tak kisah bawa watak pelacur.
“Apabila penerbit, Jalena Rejab menawarkan watak dalam drama ini tidak mungkin saya akan menolak. Drama ini adalah sebuah cerita yang realistik dan sangat ‘raw’.
“Walaupun watak saya sebagai 'ayam tua' tiga babak sahaja, tetapi kesemua melibatkan adegan yang penting,” katanya.
Menurut Ellie, drama berkenaan mengangkat kisah kehidupan sebenar yang jarang diketahui ramai mengenai nasib mereka tinggal di lorong.
ARTIKEL BERKAITAN: Ellie Suriaty menangis nama jadi bahan ketawa, anak-anak dibuli gara-gara video Imran Bard
ARTIKEL BERKAITAN: Ellie Suriaty sanggup datang hospital jumpa ibu Imran Bard, anggap video permohonan maaf tak ikhlas
Watak Juwita merupakan seorang wanita sudah berusia namun terpaksa menjual dirinya demi meneruskan hidup di lorong berkenaan.
“Juwita adalah ibu kepada Rodi (Kamal Adli). Terlalu mengharapkan duit, Juwita sanggup menjual maruah diri walaupun usia sudah lanjut.
“Tetapi paksi cerita ini adalah misteri kehilangan seorang kanak-kanak lorong yang secara tidak langsung membuka mata kita tentang masalah dalam masyarakat.
“Realitinya masih ramai ayam tua yang mencari rezeki di lorong-lorong, bagaimana kita mahu membantu mereka untuk mencari kehidupan lebih bermakna,” jelasnya.
Tidak banyak produksi yang berani menampilkan cerita mengangkat kisah hidup di lorong.
FEROZ KADER
PENGARAH
Dalam pada itu, Feroz memberitahu drama Kasyorga ini cukup berat dari segi pengisiannya, namun penonton pasti akan terhibur dengan jalan ceritanya yang berbeza
Dia juga menyifatkan Hilang Kasyorga adalah sebuah naskah yang berani dan cukup berbeza dengan drama lain.
“Tidak banyak produksi yang berani menampilkan cerita seperti ini yang mengangkat kisah hidup di lorong, isu pemerdagangan manusia, skandal politik dan pelbagai lagi yang memang berlaku di sekeliling kita.
Ellie bersama Azhar Sulaiman membintangi Hilang Kasyorga.
“Disebabkan drama ini mood ceritanya ‘dark’ jadi lokasi penggambaran kebanyakan dilakukan di lorong-lorong seperti Chow Kit dan Bukit Bintang. Harapan saya jiwa penonton akan terusik dan tidak sabar untuk menanti episod seterusnya," ujarnya.
Selain Ellie, drama Hilang Kasyorga turut dibintangi Kamal Adli, Azhar Sulaiman, Adra Mikayla, Nabila Huda, Luqman Hafiz, Arfie Shah, Hariz Hamdan, Hafidzuddin, Fadilah Mansor, Kodi Rashid dan Dina Allysha.
Drama Hilang Kasyorga bakal ditayangkan brmula 23 Jun ini di saluran DEGUP, saluran 120, Unifi TV.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube