PENYANYI Datuk Zainal Abidin memilih untuk tidak memanjangkan isu dakwaan anak perempuannya iaitu Timur Gabriel yang mengatakan dia tiada usaha untuk memperbaiki hubungan antara mereka.
Malah Zainal, 65, juga memberi kebebasan kepada Timur untuk mendedahkan apa sahaja yang dikehendaki.
“Tiada apa-apa untuk dijelaskan. Dia boleh kata apa sahaja dia mahu.
Zainal memaklumkan perkara itu ketika ditemui media pada Rabu.
“Namun bagi saya, anak saya hanyalah mereka yang berbintikan Zainal Abidin. Kalau bukan menggunakan nama itu, maka bukanlah anak saya. Itu sahaja jawapan saya,” katanya kepada mStar.
Zainal memaklumkan perkara itu ketika ditemui pada sidang media Konsert Legasi P. Ramlee di Finas, Kuala Lumpur pada Rabu.
Malah Zainal juga menjelaskan bahawa dia tidak berkecil hati dengan dakwaan dibuat anaknya dan menyerahkan segala urusan kepada Tuhan.
“Dia ada hak untuk berkata apa dia mahu. Silakan. Tapi saya tidak akan membalas apa-apa. Kenapa? Sebab saya percaya, Allah lebih mengetahui.
ARTIKEL BERKAITAN: Jangan terlalu ikut budaya Barat, Zainal Abidin nasihat ‘girl group’ bawa imej sopan tak lupa adat Melayu
ARTIKEL BERKAITAN: Ditegur pakai rantai, Zainal Abidin pandang positif tak layan kecaman... “Kalau panjang umur saya berubah”
“Itu pandangan peribadi saya. Tidak seharusnya berkongsi mengenai perihal peribadi,” ujarnya.
Tambah pelantun lagu Hijau itu lagi, dia lebih selesa dikenali sebagai anak seni dan bukannya figura media sosial yang menjaja cerita peribadi demi perhatian.
Baginya hanya karya dan hasil yang diberi perhatian untuk dikongsi kepada peminat.
“Kalau anda nak tahu tentang legasi saya, album baharu, konsert saya, semua itu saya terbuka. Tapi soal ini terlalu peribadi.
Zainal hanya mahu berikan fokus kepada kerjaya seninya sahaja berbanding isu keluarga.
“Anda boleh lihat sendiri, siapa sebenarnya yang lebih baik, siapa lebih berjaya. Saya bukan TikToker yang kejar duit. Saya penyanyi, anak seni.
“Saya tidak perlukan orang seperti itu di sekeliling saya. Mereka boleh bercakap sesuka hati sebab apa yang dikata bukan kebenaran. Kalau perkara itu benar, saya pasti sudah musnah. Tapi ini tidak benar,” katanya.
Pada Januari lalu, Timur Gabriel mendakwa hubungan bersama bapanya renggang dan mereka tidak lagi berhubung meskipun memiliki nombor telefon satu sama lain.
Timur juga meluahkan rasa terkilan apabila Zainal seolah-olah tidak berminat untuk mengetahui perkembangan puterinya itu.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube