suria

Ditegur pakai rantai, Zainal Abidin pandang positif tak layan kecaman... “Kalau panjang umur saya berubah”

PENYANYI Datuk Zainal Abidin tidak ambil peduli dengan sebarang teguran dan kritikan yang dilemparkan oleh netizen kepadanya berhubung isu pemakaian rantai dan gelang.

Mengulas mengenai perkara itu, Zainal atau nama sebenarnya Zainal Abidin Mohamed, 64, berkata kritikan seperti itu tidak memberikan kesan negatif buatnya sebaliknya meminta netizen terus mendoakan yang baik-baik buat dirinya.

“Saya tidak gemar untuk memuat naik apa saja yang saya lakukan di media sosial untuk jadikan tatapan umum kerana khuatir ia akan mengundang pelbagai perspektif dalam kalangan netizen.

“Ada yang berkata pak cik ni tua dengan berantai dan gelang tapi masih nak nyanyi lagi, insyaAllah terima kasih kalau panjang umur saya berubah, inilah netizen dan kebebasan bersuara menyebabkan semua orang boleh berkata sedemikian.

“Kasihan pada artis muda yang mungkin tak boleh terima teguran sedemikian tapi yang berusia macam saya ini walaupun pelbagai tohmahan dilemparkan, saya biarkan saja mereka berkata-kata.

Dalam perkembangan lain Datuk Zainal Abidin bakal beraksi di Konsert Tiba Masa bertempat di Istana Budaya pada 30 September depan.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

Semua
Hiburan
Berita
Variasi