suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pergi urut perut, Cahaya Icha tak tahu sedang mengandung… TikToker reda jalani pembedahan hamil luar rahim

PERSONALITI media sosial, Cahaya Icha mendedahkan dirinya baru sahaja keguguran pada Julai lalu.

Berkongsi mengenai perkara itu, Cahaya, 26, berkata, dia terpaksa menjalani pembedahan kerana mengandung di luar rahim dan itu adalah dugaan terbesar perlu dilalui olehnya tahun ini.

“Itu cubaan paling besar dalam hidup saya pada tahun ini, saya cuma diberi enam minggu ada rezeki daripada tuhan .

“Saya dititipkan seorang anaklah, tapi tiada rezeki disebabkan saya mengandung di luar rahim (ektopik).

“Selepas jalani pembedahan bulan Julai lalu membuang tiub sebelah kanan dan jika selepas ini, kalau ada rezeki tu adalah,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

Artikel Lain