suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

[V] “Sesiapa tidak selesa, ‘swipe’ dan ‘scroll’ saja“ - Diana Danielle abai kecaman foto dengan kekasih

PELAKON Diana Daniella tidak ambil peduli dengan kecaman netizen mengenai gambar mesranya bersama teman lelaki, Bern baru-baru ini.

Diana atau Diana Danielle Danny Beeson, 35, bukan mudah untuk memuaskan hati semua pihak, namun memilih untuk tidak terlalu memikirkan pandangan dari sudut negatif.

“Saya tak pernah ambil peduli tentang perkara itu. Saya rasa akan ada orang yang suka dan ada orang yang benci saya.

Diana dan kekasih belum ada perancangan lanjut.

“Sepanjang saya dalam industri ini, saya cuba buat yang terbaik dan fokus kepada kerja saya.

“Kadang-kadang orang mungkin rasa kurang selesa dengan perkara itu dan saya faham,” katanya kepada mStar.

Bagaimanapun, dia terbuka menerima teguran daripada peminat sekiranya perkara tersebut boleh membantunya memperbaiki diri dan hubungan.

“Bagi saya, kepada sesiapa yang rasa tidak selesa, boleh ‘swipe’ dan ‘scroll’ saja.

ARTIKEL BERKAITAN: Diana Danielle terharu dengar ucapan anak-anak, tak sedih lihat mereka makin membesar

ARTIKEL BERKAITAN: Diana Danielle hangat bercinta dengan ahli perniagaan bujang... “Taste saya bukan yang muda-muda”

“Tetapi nasihat yang baik, kita ambil. Kita tak boleh terlalu angkuh dalam hidup ini. Apa yang bagus, kita ambil dan kita perbaiki apa yang patut,” ujarnya.

Mengulas mengenai status hubungannya, Diana berkata tiada mahu berkongsi lanjut mengenai hubunganya bersama teman lelaki.

“Tiada perkembangan lagi buat masa ini. Saya janji, kalau kami nak pergi ke fasa seterusnya, saya akan maklumkan,” katanya.

Orang kata cuit-cuit sahaja.

DIANA DANIELLE

PELAKON

Dalam pada itu, kegagalan perkahwinan lalu membuatkan Diana menjadi lebih kuat dan matang untuk berdepan kecaman netizen.

“Yang ini tak ada apa-apalah, orang kata cuit-cuit sahaja. Walaupun mereka mungkin ada rasa tak puas hati dengan saya, saya tetap sayangkan mereka,” jelasnya.

Sebelum ini, foto mesra Diana dan Bern menjadi perhatian ramai sekali gus menimbul tanda tanya sekiranya mereka sudah berumah tangga.

Diana sudah tak melatah dikecam netizen.

Pada Mac lalu, Diana secara terbuka mengakui sudah mempunyai kekasih yang merupakan ahli perniagaan.

Untuk rekod, Diana pernah mendirikan rumah tangga dengan aktor, Farid Kamil pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata.

Namun mereka bercerai kali pertama secara Google Meet pada 10 Ogos 2023, sebelum rujuk, namun akhirnya bercerai talak satu buat kali kedua pada 23 Mac 2025.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain