suria

Diana Danielle terharu dengar ucapan anak-anak, tak sedih lihat mereka makin membesar

Diana (kiri) terharu menerima penghargaan daripada anak-anak.

PELAKON Diana Danielle tidak dapat menahan sebak apabila setiap hari dihujani kata-kata penuh kasih daripada anak-anaknya. 

Menurut Diana atau Diana Danielle Danny Beeson, 35, ucapan tersebut bukan sahaja menyentuh hati, malah mengubati segala lelah yang dipendam selama ini. 

"Tahu tak sekarang setiap hari saya dengar... terima kasih ibu sebab bekerja keras untuk kami, terima kasih sebab jadi ibu yang paling baik, terima kasih atas semua pengorbanan ibu, ibu sempurna bagi saya, satu hari nanti ibu tak perlu bekerja lagi, saya akan jaga semuanya.

"Tak pernah terfikir saya akan disayangi seperti ini oleh anak-anak. Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang melalui anak-anak. 

Perkongsian Diana yang dimuat naik di Threads miliknya. 

"Dia mengembalikan harga diri, kewarasan dan memberi saya penjelasan. Banyak lagi yang nak dikatakan tapi saya sangat bersyukur dengan dua anak saya ini, kiriman paling indah pernah saya miliki," katanya. 

Diana berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Threads miliknya pada Ahad. 

Dalam pada itu, Diana turut mengakui tidak berasa sedih melihat anak-anaknya semakin membesar, sebaliknya berbangga dengan perjalanan dirinya sebagai seorang ibu.

Kata Diana, selama ini dia banyak menghabiskan masa dengan bekerja kerana sudah terbiasa menjadi pencari nafkah buat keluarga.

ARTIKEL BERKAITAN: Air mata Diana Danielle gugur dengar Muhammad minta maaf, sebak bila anak luah rasa bersalah

ARTIKEL BERKAITAN: Farid Kamil kerap jumpa anak, Diana Danielle doakan yang terbaik… “Figura seorang bapa sangat penting”

"Saya tak sedih anak-anak makin membesar. Saya bangga dengan diri yang dulu tak pernah rasa saya seorang ibu yang baik. 

"Banyak masa saya habiskan untuk bekerja, sejak remaja sampai sekarang saya menjadi pencari nafkah buat keluarga. 

"Saya hanya tahu bekerja. Jadi anak-anak saya selalu kena berkongsi ibu mereka dengan kerjaya (pekerjaan Diana)," ujarnya.

Diana banyak menghabiskan masa bekerja mencari nafkah.

Tambah pelakon filem Imaginur itu lagi, perasaan ragu terhadap kemampuan diri sebagai ibu pernah menghantui dirinya, lebih-lebih lagi apabila memikirkan kesibukan kerja. 

"Saya selalu ragu dengan diri sendiri. Cukupkah saya untuk anak-anak? Kadang-kadang saya tak larat nak melayan mereka. 

"Saya risau mungkin mereka rasa jauh dengan saya tapi saya memang tahu saya mahu berikan terbaik sebagai seorang ibu. 

"Walaupun penat, sakit, saya tetap cari masa dan wang untuk bahagiakan anak-anak," katanya. 

Diana (kanan) seronok melihat anak-anak membesar.

Untuk rekod, Diana pernah bernikah dengan pelakon Farid Kamil pada 3 November 2012.

Pasangan selebriti itu kemudian bercerai talak satu pada 10 Ogos 2023, namun mereka kembali rujuk selepas 21 hari berpisah. 

Bagaimanapun, rumah tangga Diana dan Farid sekali berakhir dengan penceraian pada 24 Mac tahun lalu. 

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad, 13, dan Nur Aurora, 11 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain