suria

Ikmal Amry menangis Aedy Ashraf selit RM50 bawah dompet, kenang jasa baik sahabat

Ikmal (kiri) dan Aedy sudah bersahabat selama 11 tahun.

11 TAHUN bersahabat, pelakon Ikmal Amry berkongsi kisah menyentuh hati mengenai kebaikan aktor Aedy Ashraf yang disifatkan sebagai seorang yang ikhlas dan sentiasa hadir membantu tanpa mengharapkan balasan.

Ikmal atau Mohd Zulikmal Amry Ghazali, 32, berkata antara kenangan yang tidak pernah dilupakannya adalah ketika dia berada dalam keadaan kesempitan wang.

Kata Ikmal, Aedy pernah membantu dengan cara yang cukup sederhana tetapi memberi kesan mendalam apabila meninggalkan wang RM50 di bawah dompetnya tanpa pengetahuannya.

"Satu hari aku tak ada duit. Duduk rumah seorang diri, diam. Tak beritahu sesiapa. 

Perkongsian Ikmal yang dimuat naik di Threads miliknya.

"Pagi tu aku bangun ada RM50 bawah dompet aku. Aku menangis macam bodoh. Sampai sekarang aku ingat benda tu. Nampak kecil tapi budi macam ni aku akan kenang sampai mati. 

"Sebab apa? Bila orang tolong kau dalam keadaan dia sendiri pun mungkin tengah bergelut, itulah pengorbanan sebenar," katanya. 

Ikmal berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Threads miliknya. 

Dalam pada itu, Ikmal turut mengimbau awal perkenalannya dengan Aedy yang terjalin lebih sedekad lalu, sekitar tahun 2015 ketika dia cuba membina kehidupan di Kuala Lumpur.

ARTIKEL BERKAITAN: Jefri Nichol jauh lebih kacak, Ikmal Amry tak selesa masing-masing ada kelebihan

ARTIKEL BERKAITAN: Ikmal Amry hubungi Jefri Nichol, bimbang tersinggung hati baca komen netizen… “Isu ini babit dua negara”

Menurutnya, selama empat tahun rapat dengan Aedy, dia melihat sendiri sikap aktor itu menjaga pergaulan, keluarga serta menganggapnya seperti adik sendiri.

"Aku nak cerita fasal Aedy, kenal dia lebih 11 tahun. Tahun sama aku kenal Ben Ali. 2015, aku cuba menetap di KL. 

"Hadir dua insan ini, bagi aku tumpang tinggal rumah mereka tanpa minta apa-apa. Dalam hati aku masa tu cuma satu, siapa mereka ni? Kenapa baik sangat dengan aku. 

"Empat tahun aku dengan dia (Aedy), aku nampak sendiri. Dia jaga circle (kawan-kawan), jaga keluarga. Dia anggap aku macam adik sendiri sebab hatinya memang ikhlas," ujarnya. 

Ben (kanan) dan Aedy antara sahabat yang banyak membantu Ikmal (kiri).

Tambahnya lagi, Aedy bukan jenis yang gemar memberi nasihat secara terus, namun banyak perkara dipelajarinya melalui pemerhatian terhadap sikap dan usaha sahabatnya itu.

"Aedy ni jenis susah nak ajar atau bagi nasihat secara terus. Tapi diam-diam aku banyak belajar daripada dia. 

"Apa yang aku nampak hari ini, tak lain tak bukan hasil apa yang dia usahakan selama ini. 

"Aku saksi perjalanan dia dan aku bangga," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain