ENGGAN terus dibandingkan dengan pelakon Indonesia, aktor Ikmal Amry mengakui berasa kurang selesa apabila sering dikaitkan dengan Jefri Nichol.Ikmal atau Mohd Zulikmal Amry Ghazali, 32, berkata isu wajah seiras antara mereka bukanlah perkara baharu, malah sudah lama diperkatakan dalam kalangan peminat di Malaysia dan Indonesia. "Sebenarnya sudah lama orang memperkatakan tentang wajah saya seiras dengan Jefri. Bukan hanya peminat di Malaysia, malah di Indonesia juga bercakap fasal ini. Netizen mendakwa Ikmal lebih kacak berbanding Jefri."Cuma saya rasa kurang selesa apabila dibandingkan dengan dia (Jefri). Siapalah saya ini, Jefri jauh lebih kacak dan popular. "Bagi saya masing-masing ada kelebihan tersendiri. Kacak itu kan subjektif. Cuma saya harap tidak perlulah nak bandingkan kami," katanya ketika dihubungi mStar. Dalam pada itu, Ikmal memberitahu meskipun isu tersebut menjadi topik perbualan netizen, dia dan Jefri masih belum pernah bersemuka.ARTIKEL BERKAITAN: [V] Ikmal Amry tak ‘judge’ selebriti lelaki tayang badan di media sosial... “Biasalah budak-budak bila ada body”ARTIKEL BERKAITAN: Ikmal Amry umum isteri hamil lima bulan, bakal sambut anak ketigaMalah dia sebolehnya mahu mengelak daripada mengulas lanjut berhubung isu wajah seiras ini kerana bimbang dianggap meninggi diri. "Kami tidak pernah bertemu tetapi dia (Jefri) ada membalas komen di Threads. "Kalau di Indonesia ramai yang sokong kata Jefri lebih kacak, jadi saya tidak mahu komen lanjut berkenaan isu ini (wajah seiras). "Seganlah nanti orang kata perasan. Biar saja netizen tentukan sendiri," ujarnya. Sementara itu, Ikmal berkata dia tidak menolak sekiranya diberikan peluang untuk bekerjasama dengan Jefri pada masa akan datang."Kalau lihat di Threads ramai juga yang mahu lihat gandingan saya dan Jefri berlakon sama. Ikmal merasakan dirinya tidak setanding Jefri."Jika ada rezeki apa salahnya, takkan saya nak menolak," katanya. Sebelum ini, tercetus perdebatan di laman Threads apabila ada seorang netizen mendakwa Ikmal lebih kacak berbanding Jefri.Ini selepas drama lakonan Ikmal berjudul Khianat Yang Terpilih menjadi tular di media sosial.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube