suria

Tak mudah bimbing isteri mualaf, Hafiz Suip rujuk rakan artis

Hafiz Suip kongsi pengalaman manis membimbing isterinya memeluk Islam.

MEMBIMBING isteri yang merupakan seorang mualaf bukanlah tugas mudah, namun penyanyi Hafiz Suip mengambil tanggungjawab itu sebaik mungkin dan berserah kepada Allah SWT.

Berkongsi pengalaman membimbing isteri iaitu Fiona Safiyya, Hafiz atau Mohd Hafiz Mohd Suip, 36, berkata ini merupakan kali pertama dia mengajar seseorang yang baru memeluk Islam mendalami ilmu agama.

"Sebelum ini memang tidak pernah bimbing orang lain peluk agama Islam. Ini merupakan kali pertama. 

Hafiz akui bukan mudah untuk bimbing isterinya belajar mengenai Islam. 

"Apa yang saya boleh katakan adalah hanya berserah kepada Allah. Nak kata pandai itu, tidaklah sangat. Ada beberapa soalan juga yang saya tidak tahu," katanya kepada mStar. 

Hafiz berkongsi perkara itu ketika ditemui semasa Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Usanita. 

Dalam pada itu, Hafiz memberitahu dia sering merujuk kepada rakan-rakan artis lain yang turut melalui situasi perkahwinan yang sama.

ARTIKEL BERKAITAN: Hafiz Suip jawab dakwaan cepat ‘move on’ selepas bercerai

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Dua tahun berkenalan, Hafiz Suip kongsi detik pertemuan dengan isteri... “Arwah ibu minta saya bernikah”

"Saya ada bertanya dan berkongsi pendapat dengan rakan-rakan artis seperti Akim dan Hazama kerana mereka juga berkahwin dengan pasangan bukan Muslim," ujarnya.

Bercerita mengenai sambutan Aidilfitri di Sarawak sebagai pasangan suami isteri, Hafiz meluahkan rasa syukur kerana dapat mencipta kenangan manis bersama Fiona.

Bagaimanapun, suasana raya tahun ini dirasai sedikit hiba buat keluarga Hafiz berikutan pemergian bonda tercinta, Allahyarham Halizawati pada November tahun lalu.

Hafiz dan Fiona sah berkahwin pada 13 Februari lalu. 

"Bapa pesan tahun ini jangan buat rumah terbuka, cukup sekadar menziarahi keluarga terdekat. Tahun ini suasana terasa sedikit hiba bagi kami sekeluarga terutama apabila berkumpul di rumah nenek.

"Arwah ibu saya anak bongsu dan arwah seorang yang suka memeriahkan suasana. Jadi apabila berkumpul tahun ini, kami semua terasa sangat akan kehilangan dan ketiadaan arwah ibu," ujarnya.

Untuk rekod, Hafis dan Fiona sah bergelar suami isteri pada 13 Februari lalu di satu majlis yang berlangsung di Petrajaya Kuching, Sarawak.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain