BIMBANG kesan penggunaan media sosial berlebihan, pelakon Mimi Lana membuat keputusan berehat sebentar daripada menggunakan aplikasi Threads.Menurut Mimi atau Mimi Roziana Zainal Abidin, 31, dia tidak mahu penggunaan platform itu secara berlebihan kerana memberi kesan buruk terhadap dirinya sehingga mengganggu kesihatan. "Saya suka berada di sini (Threads) tetapi saya sedar bahawa terlalu banyak daripadanya tidak baik untuk kesihatan saya. Mimi mengingatkan orang ramai untuk tidak terpedaya dengan akaun palsu menggunakan namanya."Saya akan berehat seketika dan padam aplikasi ini buat sementara waktu," katanya menerusi satu hantaran yang dimuat naik di aplikasi berkenaan pada Rabu. Dalam pada itu, Mimi turut memberi peringatan kepada orang ramai agar tidak mempercayai akaun palsu yang menggunakan namanya untuk tujuan negatif.ARTIKEL BERKAITAN: Bayaran bukan keutamaan, Mimi Lana pilih watak dalam lakonan... Terbuka terima tawaran produksi indieARTIKEL BERKAITAN: Mimi Lana bersuara isu Puteri Balqis, dengar banyak kisah silam rakan industri"Sila jangan percaya mana-mana akaun palsu yang menggunakan nama saya terutamanya yang berkongsi kod QR untuk meminta wang. Itu bukan saya. "Ini adalah satu-satunya akaun saya. Ingat platform ini hanyalah sebahagian kecil daripada kehidupan kita. Dunia sebenar ada di luar sana," ujarnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube