PELAKON Sherry Ibrahim meluahkan rasa kesal apabila perkongsiannya di laman sosial disalah erti sehingga menimbulkan fitnah dalam kalangan pengikut.Sherry atau Syarizad Ibrahim, 43, turut berasa kurang senang dengan beberapa komen yang mengaitkan individu lain dalam setiap luahannya. "Kenapa mahu bersangka buruk dan membuat andaian tanpa disedari? Tidak takutkah dengan fitnah dan tuduhan?Perkongsian Sherry disalah erti sesetengah pihak. "Hantaran saya berkaitan dengan diri sendiri dan apa yang saya mahu kongsi untuk mereka yang memerlukan. Itu sahaja," katanya dalam satu status di laman Threads.Menerusi ruangan komen, Sherry juga menegaskan perkongsiannya tiada kaitan dengan mana-mana pihak yang pernah rapat dengannya sebelum ini.Malah, pelakon ini tegas memberi amaran supaya menghentikan segala kata-kata buruk terhadapnya.ARTIKEL BERKAITAN: Sherry Ibrahim minta jangan ungkit kisah lalu... “Saya sendiri sudah reda dan berdamai dengan takdir” ARTIKEL BERKAITAN: Jangan mudah kongsi kisah sedih pada lelaki, Sherry Ibrahim bimbang wanita lemah jadi sasaran"Tiada kena-mengena dengan kisah silam. Saya sentiasa mendoakan yang terbaik buat semua."Saya berdiam diri kerana hormat, tetapi saya tidak hormat pembulian. Jangan lihat kesabaran saya sebagai satu kelemahan," luahnya.Sherry tampil memberi respons selepas mendapat pelbagai komen netizen. Terdahulu, Sherry berkongsi luahan tentang ketenangan ketika berdepan ujian.Hantaran tersebut mendapat pelbagai respons termasuk kata-kata yang menuduh dia sengaja mahu mencari perhatian.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube