suria

Tak sangka terima hadiah iPhone 17, Along Kamaludin puji Fasha Sandha sahabat berhati mulia

Along (kiri) terharu menerima pemberian istimewa daripada Fasha.

PENGARAH Along Kamaludin terharu dan tidak menyangka menerima hadiah istimewa berupa sebuah telefon pintar jenama iPhone 17 daripada rakan pelakon Fasha Sandha.

Menganggap pemberian tersebut sebagai sesuatu yang sangat bermakna buat dirinya, Along atau Shahrom Kamaludin, 60, turut memuji keperibadian sahabatnya itu yang disifatkan pemurah dan baik hati.

"Terima kasih atas hadiah berharga ini, sahabatku Fasha. 

Perkongsian Along yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Perkongsian Along yang dimuat naik di Instagram miliknya.

"Kamu benar-benar seorang yang sangat baik, rendah hati, berhati mulia, dan penuh dengan kelembutan.

"Sentiasa menghormati semua orang, tidak pernah memandang status atau kasta. Ini merupakan tanda penghargaan untu kamu," katanya. 

Along berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya. 

ARTIKEL BERKAITAN: Along Kamaludin pertahan nyanyian sumbang Fazura, minta rakan artis berhenti kecam -“Dia nyanyi sampai ke Indonesia”

ARTIKEL BERKAITAN: Makan pun terpaksa catu, hidup Fasha Sandha serba sederhana... Membesar tanpa figura bapa

Dalam hantaran dibuat, Along turut berkongsi foto telefon pintar warna jingga yang diterima lengkap dengan ucapan terima kasih daripada Fasha dipercayai sebagai tanda penghargaan atas kerjasama mereka sebelum ini.

Dalam pada itu, Along turut mengakui bahawa dia tidak pernah menjangkakan akan menerima hadiah sedemikian, apatah lagi daripada seorang rakan dalam industri seni.

"Terima kasih, tidak pernah terfikir semua ini. Alhamdulillah," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain