suria

Jefri Nichol tak mahu rampas takhta ‘ketua’ di Threads, lebih selesa jadi pengikut Kamal Adli

Kamal (kiri) terbuka menerima kehadiran Jefri di Threads.

SEJAK aktif di aplikasi Threads, pelakon Jefri Nichol tidak pernah terfikir untuk mengambil takhta aktor Kamal Adli yang sebelum ini diberi gelaran sebagai 'Ketua Presiden'. 

Kata Jefri, 27, dia tidak berminat menerima sebarang gelaran atau pengiktirafan, sebaliknya lebih selesa sekadar mengikuti akaun Kamal.

"Abang Kamal, aku tak naklah diberi pangkat-pangkat ini. 

Perbualan antara Kamal dan Jefri menarik perhatian ramai.

"Aku nak jadi pengikutmu saja," katanya. 

Jefri berkongsi perkara itu bagi memberi respons terhadap hantaran yang dimuat naik oleh Kamal di Threads miliknya. 

Sebelum itu, Kamal secara berseloroh memberi bayangan seolah-olah 'takhtanya' telah diambil orang, namun tidak mengambil serius perkara tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Threads Jefri Nichol kena serang, penuh komen ‘ore Kelate’... “Ada yang bisa translate?”

ARTIKEL BERKAITAN: Terpancar wajah ceria Kamal Adli jumpa anak, ramai tumpang gembira lihat ‘Ketua Presiden’ bahagia

"Salam rakyat, dengarnya pangkat saya sudah diambil orang ya. Tak mengapalah saya enjoy saja selama ini ramai orang teman gelak-gelak hiburkan hati. 

"Yang penting kita gembira okay tapi kalau dia buat hal beritahu, saya muncul balik," ujarnya. 

Menjawab komen Jefri, Kamal dilihat terbuka menerima kehadiran aktor Indonesia itu bagi memeriahkan lagi platform media sosial itu. 

"Baguslah wakil Indo seorang. Apa lagi tunggu wadidaw dahulu donk (bergurau). Mahu aku ajar atau sudah pandai," katanya. 

Jefri dilihat semakin aktif di Threads. 

Sebelum ini, perkongsian Jefri di Threads mengundang pelbagai komen terutamanya daripada pengikut di Malaysia. 

Namun kebanyakan komen tersebut ditulis menggunakan dialek negeri Kelantan yang tidak difahami Jefri. 

Susulan itu, pelakon filem Ali Topan ini dilihat semakin aktif membalas komen netizen khususnya peminat dari Malaysia.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain